Anak Manja Boleh Jadi Rajin Jika Kena Trik Didikan Mak Ayah, Boleh Cuba Trik Psikologi Ini
Anak manja boleh jadi rajin jika kena trik didikan mak ayah, boleh cuba trik psikologi ini. Anak-anak yang manja biasanya paling sukar untuk mak ayah minta pertolongan darinya sehingga kadang-kadang perlu meninggikan suara.
Anak Manja Boleh Jadi Rajin Jika Kena Trik Didikan Mak Ayah
Hendak meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal. Jadi bagaimana caranya ya? Untuk permulaan boleh cuba cara ini.
Boleh Cuba Trik Psikologi Ini
1.Pertandingan kemas rumah
Kanak-kanak memang suka bermain. Mungkin anda boleh lakukan tugasan di rumah sebagai suatu permainan yang menyeronokkan. Misalnya, permainan mengutip barang permainan yang bersepah.
Siapa yang dapat mengumpul barang permainan paling banyak akan menjadi pemenang. Pastinya mereka akan seronok melakukan aktiviti ini bersama adik-beradiknya yang lain.
2.Ganjaran
Ganjaran dikatakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak, namun tidak salah sekali kala memberi ganjaran kepada usahanya. Misalnya berjaya menyiapkan tugasan seperti mengemas bilik, lap meja makan dan membuang sampah. Atas kejayaannya anda boleh membawanya ke satu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya.
Dalam pada itu, jangan lupa lihat hasil kerjanya dengan perasaan gembira walaupun ada yang anda tidak puas hati. Apa yang jelas, kanak-kanak akan berasa gembira apabila usahanya dihargai.
Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri. Sebaliknya akan sedih dan kecewa apabila usahanya tidak dihargai dan mendapat cemuhan daripada anda. Apa yang pasti, dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya dididik supaya menghargai hasil kerjanya.
Artikel lain: Jangan Dukung Bayi Menangis, Nanti Manja. Betul Ke Macam Ni?
Anak Terlampau Manja Mengada-ngada, Ini Punca Mak Ayah Perlu Tahu
Tak Bagi Mandi Air Paip Madammu Seronok Tengok Gelagat Suami Manjakan Anak!
3.Tunjukkan pencapaian kejayaan
Bukan mudah untuk menyuruh anak terutamanya lelaki menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadikanya. Ada sahaja alasan tidak mahu melakukan kerja sekolah. Oleh itu, anda perlu tunjukkan kepadanya situasi bagaimana kejayaan jika bersikap rajin. Jelaskan juga kesan negatif jika bersikap malas.
Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi angkasawan atau peguam mesti rajin baca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sebaliknya jika bersikap malas segala cita-cita yang diimpikan tidak akan berjaya.
4.Intonasi suara
Biasanya kanak-kanak yang rajin akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokan. Bagi kanak-kanak yang bersikap malas pula, hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur kerana menganggap tugasan itu satu bebanan kepadanya.
OLEH ITU, PASTIKAN INTONASI SUARA ANDA BUKAN KEADAAN MARAH SEMASA MEMBERI ARAHAN. LUMRAH BAGI KANAK-KANAK SUKA APABILA DIRINYA DIBERI ARAHAN DENGAN INTONASI SUARA YANG MESRA. ‘ABANG LONG, BOLEH TOLONG MAMA KEMAS MEJA MAKAN INI SEKARANG.
5.Pujian
Kanak-kanak suka kepada pujian. Selepas selesai melakukan tugasan yang diberi, berikan pujian kepadanya. Lakukan begitu setiap kali berjaya melakukan tugasan dengan baik iaitu mengemas katil, bilik atau permainan yang berselerak. Jelaskan kepada mereka bahawa berjaya melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah seorang anak yang baik.
6. Membantu lakukan tugasan
Kadang kala, arahan anda tidak diendahkan oleh anak. Jangan mudah untuk meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu mengemas biliknya. Oleh itu, anda perlu melakukan tanpa membebel atau memarahinya. Pada masa yang sama mengajaknya untuk membantu anda.
Tindakan ini adalah cara psikologi supaya anak akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Lama-kelamaan, cara ini akan membuatkannya berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh anda.
7.Persekitaran bersih
Kaitkan kehidupan dengan persekitaran yang sihat. Jelaskan kepadanya setiap manusia perlu hidup dalam suasana yang ceria dan sihat. Oleh itu, persekitaran rumah perlu bersih. Kaitkan dengan persekitaran yang bersih akan membuatkan badan sihat dan mengelak daripada batuk dan demam.
Oleh itu, untuk menjadikan sihat, seorang itu perlu rajin membersihkan rumah supaya persekitaran bebas daripada bakteria. Badan yang sihat mampu meningkatkan sistem imun badan.
8. Idola pembakar semangat
Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap yang suka meniru perwatakan orang lain. Untuk mendidik dirinya bersikap rajin, anda cuba mencari idola yang disukainya. Jelaskan sikap positif idolanya untuk dicontohinya misalnya rajin menolong ibu bapa mengemas rumah.
Beritahu kepadanya bahawa jika bersikap rajin dirinya akan disukai oleh semua orang. Untuk memudahkan anak faham, jelaskan dalam bentuk yang ringkas dan mungkin penceritaan supaya anak anda mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source