Sharif Putera Sasterawan Kebanggaan Terengganu
Nama penanya ialah Tusra Putera, Panji Alam, Arjuna dan Guru Bahasa. Karya-karyanya sangat banyak dan ia meliputi banyak genre. Jadi, tidak hairanlah beliau diangkat menjadi tokoh sasterawan di negeri Terengganu. Sharif Putera yang dilahirkan dengan nama Tuan Sharif bin Tuan Putera, adalah bekas guru yang telah banyak menyumbangkan pelbagai karya untuk anak bangsa.
Kerjaya asal Sharif Putera ialah sebagai guru pada tahun 1958. Permulaan beliau dalam bidang penulisan adalah pada tahun 1962, dengan percubaan menulis berita untuk akhbar Utusan dan Berita Harian. Dan, beliau turut menulis skrip drama radio, rencana serta cerpen. Peluang untuk beliau bertemu sasterawan terkenal ketika majlis pertemuan penulis Pantai Timur pada tahun 1966 semakin menguatkan kecintaannya pada bidang sastera dan penulisan.
Ketika itu, beliau mendapat peluang untuk bertemu A. Samad Said, Usman Awang, Kris Mas dan ramai lagi penulis terkenal yang lain. Perbualan dari hati ke hati memberi satu dorongan luar biasa buat Sharif Putera. Dan, itulah saatnya, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Azamnya adalah beliau mahu menulis dalam apa jua jenis penulisan.
Beliau mendapat peluang dilantik sebagai pemberita sambilan Berita Harian dan kesempatan ini diambil untuk menulis sebanyak mungkin artikel. Malah, cerpen dan rencana yang ditulisnya hampir saban minggu terpapar di dada akhbar. Pencapaian beliau yang paling besar adalah apabila berjaya menghasilkan skrip drama radio bersiri yang disiarkan selama tiga tahun di RTM Terengganu, yang bertajuk Rantau Abang, iaitu sebanyak 110 episod.
Selain daripada penulisan skrip, cerpen dan rencana, Sharif Putera juga banyak menghasilkan modul pengajaran terutamanya modul pengajaran teks sastera untuk pelajar sekolah. Malah, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku seperti novel dan biografi untuk Allahyarham Datuk Razali Ismail. Beliau juga aktif dalam penulisan puisi dan telah menghasilkan lebih 80 buah puisi yang disiarkan di akhbar serta secara peribadi.
Sehingga ke hari ini, sasterawan yang telah mencecah usia 81 tahun, beliau masih aktif menulis dan menjadi pengasas kepada Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). Jasa beliau dalam menyemarakkan dunia sastera dan penulisan tanahair sangatlah besar melalui pelbagai karya yang dihasilkan. Sharif Putera adalah antara tokoh yang mahu mendorong diri sendiri untuk berjaya dalam bidang yang diminatinya dan tidak pernah berputus asa untuk mencapainya.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source