“Syurga buatmu dik” -Wanita kongsi video jaga ibu ayah terima pujian ramai
Wanita kongsi video jaga ibu dan ayahnya yang sedang sakit telah menerima pujian ramai susulan kegigihannya mengangkat mereka dari katil untuk di bawa ke hospital.
Bapa ibu pergi pemeriksaan
Menerusi muat naik Aisyah Ishak, dia telah berkongsi cara-cara mengangkat ibunya yang terbaring di katil sebelum dipindahkan ke kerusi roda untuk dibawa menaiki kereta menuju ke pusat perubatan bagi tujuan pemeriksaan.
@aisyahishak5 #CapCut kite bawak mak jumpe doktor buat checkup harini. Tambah candy baru 😂.
Wanita kongsi video jaga ibu, ayah juga berkerusi roda
Menurut Aisyah, ibunya mengalami minor stroke dan memang memerlukan bantuan untuk bergerak terutamanya jika sudah berada di katil.
Dalam perkongsian video yang lain, dapat dilihat bapanya juga menggunakan kerusi roda kerana mengalami masalah saraf.
@aisyahishak5 Replying to @fakrulalimin1 Mak terharu baca komen semua. Terima kasih kepada semua yg mendoakan mak dan keluarga saya. Bapak datang bawak hasil 😂.
Artikel lain: Sanggup berhenti kerja korporat, lelaki dipuji berbakti jaga ibu terlantar sakit
Wanita kongsi video jaga ibu & ayah dapat perhatian ramai
Video-video yang dikongsikan wanita itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata terharu dengan pengorbanan seorang anak menjaga ibu bapa yang sedang sakit.
Mereka juga memuji usaha Aisyah dengan mencari alternatif untuk mengangkat ibunya yang terlantar sakit serta mendoakan agar dia dipermudahkan urusan serta memasuki syurga tanpa hisab kerana berbakti kepada orang tua.
Syurga buatmu dik
Semoga urusan kamu dipermudah
Terus kuat dan bersabar ye
Semoga Allah angkat darjat awak
Sumber: TikTok aisyahishak5
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source