Syukur selamat, kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang
Kereta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh nyaris dihempap pokok tumbang dalam sebuah kejadian di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, Kuala Lumpur, petang tadi.
Kejadian itu dikongsikan oleh Pegawai Media Ab. Rauf iaitu Shahnor Samsudin menerusi sebuah hantaran di platform Instagram.
Nyaris dihempap pokok tumbang
Menerusi perkongsian itu, jelas memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna merah dihempap pokok tumbang di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, Shahnor memaklumkan kenderaan dinaiki mereka nyaris dihempap pokok tumbang.
“Berlaku depan mata. Lokasi di Jalan Penang berhampiran KLCC. Hampir kena kereta bos, Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh,”tulisnya ringkas.
Alhamdulillah, selamat
Memetik laporan Kosmo! Online, Shahnor memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara dan kenderaan jenis Lexus 350 yang dinaikinya selamat.
Ketika kejadian, rombongan beliau sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.
“Rombongan kami (Ketua Menteri) melibatkan sebanyak empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian (pokok tumbang) itu betul-betul berlaku depan mata. Selang sebuah kereta sahaja.
“Kereta Ketua Menteri terselamat, tetapi kenderaan pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan terjejas dalam kejadian pokok tumbang tersebut.
“Setakat ini anggota terselamat, cuma cermin belakang kenderaan pengiring yang pecah. Bahagian belakang Proton X70 turut kemek,” katanya.
Artikel lain: Tak puas hati Tesla tukar lorong, rider pukul cermin sisi sebelum dihimpit
Kongsinya, sebelum kejadian dia bersama pegawai yang berada di dalam kenderaan terdengar bunyi kuat seakan-akan objek mahu tumbang.
Pada ketika itu, mereka sedang berborak mengenai kejadian pokok tumbang tempoh hari, namun tidak menyangka ia berlaku di depan matanya.
“Sekelip mata ia betul-betul berlaku depan mata (pokok tumbang) menimpa Toyota Vellfire berwarna merah yang berada di depan kami.
“Walau bagaimanapun, kenderaan itu bukan merupakan rombongan kami.
“Mula-mula panik ingat kenderaan (dinaiki) Ketua Menteri, tetapi alhamdulillah beliau selamat. Kami juga selamat,”ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pokok tumbang hampir menimpa Ketua Menteri Melaka di lokasi kejadian.
Maklumnya, sebarang perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh beliau dalam masa terdekat.
Manakala Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan tiada panggilan kecemasan diterima pihaknya berhubung kejadian pokok tumbang itu.
Bagaimanapun, pihak PGO Kuala Lumpur tetap menghantar jentera ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.
Sumber: Instagram shahnorsamsudin, Kosmo! Online (Nurul Izzati Zaini), Utusan (Maszureen Hadzman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source