Daiyan Trisha mohon maaf isu promosi produk boikot, tunjuk bukti derma sampai RM100,000!
Selebriti Daiyan Trisha mohon maaf isu dengan memberi penjelasan susulan namanya tersenarai dalam ‘Selebriti Blockout2024’ kerana mendokong atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot.
Daiyan Trisha mohon maaf promosi produk boikot
Menerusi hantaran yang dimuat naik olej Daiyan di Instagram Story, dia memohon maaf atas kekhilafannya jika caranya bersuara mengenai saudara di Palestin mengikut kehendak orang ramai.
Ujarnya, dia tidak pernah sekali pun melupakan kesengsaraan yang dilalui oleh saudara di sana.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.
“Tak apa, saya terima segala kecaman,”katanya.
Dalam pada itu, Daiyan berkata dia meminta orang ramai agar terus lantang bersuara dan berjuang demi saudara di Palestin agar meraihkan kemerdekaan.
Mampu derma, sumbang buat saudara Palestine
Kongsinya, dirinya hanya mampu melakukan mangsa ‘perang’ di bumi bergolak itu dengan memberi sumbangan mencecah RM100,000 seperti mana ditunjukkan beberapa tangkapan layar resit pembayaran kepada empat badan berbeza.
“Ini cara saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan.
“Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine,”tulisnya lagi.
Artikel lain: Nadhir Nasar akui khilaf, mohon maaf isu promosi produk boikot
Tak pernah henti berkongsi
Dalam hantaran berikutnya, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin memaklumkan dia tidak pernah berhenti daripada berkongsi hantaran mengenai Palestine di Instagram Stories miliknya.
Dia juga meminta orang ramai untuk memeriksa hantaran dibuatnya sebelum ini di bahagian ‘highlight’ dan ia bukanlah secara tiba-tiba tunjuk tanda sokongan.
Sejak kebelakangan ini, berlakunya satu kempen yang dikenali sebagai ‘Selebriti Blockout2024’ dengan menyekat dan memboikot mana-mana artis yang tidak mendokong atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot.
Difahamkan, gerakan tersebut sudah lama dilaksanakan oleh negara barat namun, ia semakin rancak dijalankan di Malaysia menerusi media sosial dalam beberapa hari lalu.
Selain Daiyan Trisha, terdapat beberapa nama artis dan pempengaruh terkemuka tersenarai dalam gerakan tersebut seperti Nadhir Nasar, Mira Filzah, Dahlia Rizal, Neelofa, Ameera Khan, Meerqeen, Intan Najuwa dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source