Halim Othman dedah anak alami depresi, minta diberi ruang selesaikan masalah
Bekas penyampai radio tersohor, Halim Othman dedah anak alami depresi selepas diminta memberi penjelasan mengenai pengakuan bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Halim berkata, dia meminta semua pihak untuk bertenang dan memberi ruang buat mereka sekeluarga bagi menyelesaikan kontroversi yang tercetus, baru-baru ini.
“Beri kami ruang untuk selesaikan,”pintanya.
Halim Othman dedah anak alami depresi
Apa yang membuatkan dirinya lebih risau adalah tahap kesihatan anaknya, Myra Natasya kerana mengalami tekanan dan sehingga kini gagal dihubungi oleh mereka.
Penyampai berusia 60 tahun itu juga meminta semua pihak memahami keadaan mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi situasi sedia ada.
“Saya mohon media dan masyarakat bertenang dan beri kami ruang untuk selesaikan isu ini. Kalau boleh saya tak mahu ulas panjang kerana ia hanya akan membuatkan masalah ini berlarutan.
“Saya bimbangkan kesihatannya sebab dia sekarang alami tekanan. Dia tinggal sendiri dan hampir lebih satu tahun kami tak berjumpa. Semua mesej dan panggilan tidak berjawab. Begitu juga yang dihantar oleh ibunya.
“Saya dengan ibunya akan cari jalan selesaikan hal ini,”katanya.
Halim turut mengakui sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Myra atau nama penuhnya Myra Natasya Abdullah.
“Walaupun kami sedih dengan kenyataan yang dikeluarkannya, hujung pangkal dia tetap anak kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Halim memaklumkan sebelum ini dia pernah berjaya menghubungi Myra, bagaimanapun perbualan mereka disambut dingin oleh anaknya.
“Perbualan kami tidak berlangsung baik, ada sesuatu yang memarakkan api kemarahannya. Dari situ saya kesan sesuatu yang tak kena dengannya.
“Ibunya juga memaklumkan perkara yang sama, dia alami depresi. Kebelakangan ini banyak menyendiri jauhi keluarga.
“Saya bimbang dengan keadaannya dan saya juga risau dengan pengaruh-pengaruh tak sihat, yang mungkin mempengaruhi dia mencetuskan sensasi untuk mendapatkan perhatian orang,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Myra membuat dakwaan menyatakan dia anak tak sah taraf dan terpaksa berbohong tentang statusnya demi menjaga nama baik keluarga.
Namun, tindakan Halim yang didakwa telah mengubah dan mendaftar baharu sijil kelahiran Myra telah membuatkan aktres itu kecewa kerana ia dikatakan dibuat tanpa pengetahuannya.
Sumber: Utusan Online (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source