Ruhainies dedah ibu memang garang, rampas telefon kalau mesej lelaki
Pelakon Ruhainies dedah ibu memang garang dan akan merampas telefon bimbitnya sekiranya bermesej dengan lelaki.
Pendedahan itu dibuat oleh Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi satu temu bual dalam sebuah program HLive, baru-baru ini.
Ruhainies dedah ibu memang garang
Menurut Ruhainies, dia merupakan anak yang paling nakal dalam kalangan lima orang adik beradik yang lain.
Katanya lagi, telefon bimbit miliknya pasti akan dirampas oleh ibu jika dilihat bermesej dengan lelaki.
Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, dia akan menukar nama kenalaa lelaki kepada ‘perempuan’.
“Dulu kalau dia dapat tahu lelaki mesej ke apa, dia akan rampas telefon. Kalau kawan-kawan lelaki, saya tulis dekat situ macam Faiz kan, contoh saya akan letak Faizah,”kongsinya.
Pernah kena pukul dengan ibu
Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun itu juga mendedahkan dia pernah dipukul oleh ibu gara-gara menerima anak patung beruang di hadapan rumah.
Ruhainies berkata, ibunya pernah bertanya dan mempersoalkan bagaimana si pengirim mengetahui alamat rumah mereka.
“Macam pernah juga balik rumah, tiba-tiba ada tebby bear dan bunga besar dekat depan rumah.
“Saya kena pukul sebab dapat teddy bear tu. Dia tanya kenapa lelaki boleh tahu alamat rumah saya. Dia memang garang,”ujar Ruhainies.
Artikel lain: Mira Filzah tak halang netizen boikot & ‘block’, nasihat jaga adab jangan maki
Sekadar info, nama Ruhainies menjadi perhatian media selepas ditangkap berkhalwat bersama Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.
Bagaimanapun, aktor asal Singapura itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya dengan menyatakan rasa kasih dan cinta dalam rumah tangga yang dibina.
Apa yang membuatkan situasi bertambah panas apabila seorang wanita dikenali Sarah Yasmine yang mengaku kekasih gelap Aliff mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan aktor itu bersama Ruhainies.
Sumber: IG Official Hlive
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source