Janda anak empat tawar diri jadi madu, alasan Siti Elizad tak boleh bagi zuriat
Janda anak empat tawar diri jadi madu dan menjadi isteri kedua kepada suami pelakon Siti Elizad Sharifuddin atas alasan aktres itu tidak dapat memberikan zuriat.
Pendedahan itu dibuat oleh aktres berusia 40 tahun menerusi temu bual bersama mStar, baru-baru ini.
Janda anak empat tawar diri jadi madu
Menerusi temu bual tersebut, Siti Elizad berkata ini bukan kali pertama wanita berkenaan mempelawa dan menawarkan diri untuk menjadi madunya.
Sebaliknya, ia telah banyak kali berlaku dengan menyatakan Siti Elizad gagal memberikan zuriat buat suami.
“Mungkin ada yang dengar dan cakap betul ke ada orang minta untuk jadi isteri kedua, itu adalah betul ya malah pelik dekat media sosial sekarang ni makin berani pula ya wanita diluar sana.
“Wanita tu minta untuk jadi isteri kedua sebab dia cakap saya tak boleh bagi anak, dia yakin sebab sudah ada empat orang anak dan hanya minta suami jaga dia serta anak-anak saja.
“Agak terkedu juga soalan tu sebab bukan kali pertama malah baru-baru ini pun ada lagi dia mesej, saya okay saja kalau nak sangat cuba la mesej suami saya,” katanya.
Artikel lain: Sedar kekurangan diri, Siti Elizad reda jika suami kahwin lain
Malah, individu berkenaan akan menghantar mesej itu setiap kali dia memuat naik gambar bersama suami di Instagram.
Seputar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Sumber: mStar Online (Faiz Izzat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source