Video geng Honda masak2 di stesen minyak tular, polis buka kertas siasatan
Baru-baru ini, tular video geng Honda memasak di stesen minyak menjadi perdebatan di media sosial.
Mana tidaknya, tindakan kurang cerdik tersebut dikongsikan di platform digital mereka sehingga menuai kecaman memandangkan ia sangat berbahaya kerana lokasi tersebut sememangnya cukup berisiko.
Polis dah terima laporan
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan sekitar jam 12.35 tengah hari tadi di Balai Polis Bentong.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati, rakaman video terbabit tular melalui satu laman sosial X (dahulu Twitter) dan telah dimuat naik pada 13 Mei lalu.
“Klip video berdurasi lebih kurang 50 saat itu memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak berkenaan,” katanya.
Polis buka kertas siasatan berkenaan video geng Honda
Ujar beliau, laporan polis tersebut dibuat berdasarkan video yang tular di platform X yang dimuat naik pada 13 Mei 2024 lalu.
Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.
“Kita mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
Artikel lain: Selamba masak dekat stesen minyak, geng Honda tenang diserbu polis
Video geng Honda tular, polis akan ambil tindakan tegas
Tambah Zaiham lagi, pihaknya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap video geng Honda tersebut dan akan melakukan operasi bersepadu di sekitar stesen minyak berkenaan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
“Ini kerana polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain yang melalui lokasi berkenaan,” jelasnya.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak? 😰 pic.twitter.com/BvBr5h8It9
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Terdahulu, video sekumpulan lelaki dan wanita menaiki kereta jenis Honda memasak mi segera dengan menggunakan gas mudah alih di stesen minyak dipercayai di Genting Highland telah menimbulkan kemarahan ramai.
Mana tidaknya, mereka dilihat langsung tidak memikirkan tentang bahaya diatas tindakan tersebut kerana sempat bergambar serta memuat naik perkara itu di media sosial.
Sumber: Berita Harian (Noor Azizah Mokhtar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source