Cawangan Terbesar MPH Dibuka Di TRX, Cantik Setaraf Stor Buku Luar Negara!
Ibarat menapak masuk ke ‘syurga’ bahan bacaan, MPH Bookstores (MPH) hari ini membuka cawangan stor buku terbaharu dan terbesar di dalam negara.
Dengan keluasan 20,000, cawangan MPH ini terletak di tingkat dua pusat beli-belah The Exchange TRX dan pengalaman pertama memasuki stor tersebut nyata tidak mengecewakan.
Sekilas pandang, tidak keterlaluan jika penulis merasakan ia setaraf dengan stor-stor buku terkenal di luar negara.
Bukan hanya disebabkan saiz keluasannya yang menakjubkan, dekorasi dalaman menenangkan dengan penggunaan rona warna monoton dan susunan rak bahan bacaan serta barangan lain yang ada ditawarkan di sini membuatkan MPH The Exchange TRX terasa berbeza berbanding cawangan-cawangan lainnya.
Bercakap kepada REMAJA sewaktu ditemui semasa acara pembukaan, Ketua Pegawai Eksekutif MPH iaitu Martin Cross berkata, stor ini bukan hanya merupakan lokasi penjualan bahan bacaan.
Malah ia juga berfungsi sebagai lokasi acara pelancaran buku, pertemuan berskala sederhana bersama penulis serta boleh menampung penganjuran bengkel.
Saat memasuki stor menerusi pintu pivot gergasi, di sebelah kanan korang merupakan kaunter pembayaran serta sudut bahan bacaan terbaru yang ingin dipromosikan.
Manakala di bahagian kiri stor adalah bilik khas untuk mengadakan sebarang acara tertutup. Sewaktu kunjungan penulis, ia ditetapkan sebagai sudut bahan bacaan jenis fotografi, seni bina dan hiasan dalaman.
Berdekatan dengan ruangan tingkap menghadap stesen MRT The Exchange TRX pula adalah sudut bacaan kanak-kanak. Ia lengkap dengan binaan pentas serta sudut membaca ‘cocoon’ khas buat adik-adik yang baru ingin menanam minat membaca (dan juga buat korang yang ingin mengambil OOTD, hehe!).
Bersempena pembukaan cawangan ini, pengunjung boleh merebut peluang memenangi hadiah mingguan bermula 16 Mei sehingga 16 Jun 2024.
MPH Kembali Bernafas Selepas COVID-19
Umum mengetahui, banyak cawangan MPH yang terpaksa ditutup sejak beberapa tahun lalu akibat pandemik COVID-19.
ARTIKEL BERKAITAN: 9 Lagi Kedai Buku MPH Dikatakan Sudah Dan Bakal Ditutup – REMAJA
Dengan pembukaan stor utama di The Exhange TRX ini, ia merupakan simbol kebangkitan jenama kedai buku terkenal ini.
Kongsi Martin, besar harapan pasukannya agar rakyat Malaysai akan terus menyokong MPH terutamanya di stor buku fizikal mereka kerana mereka tidak pernah berhenti daripada menawarkan yang terbaik kepada seluruh komuniti.
“Buku yang dijual bukan saja dalam bahasa Inggeris tetapi ada buku fiksyen, bukan fiksyen dalam bahasa Melayu, buku kanak-kanak dan juga buku dalam bahasa Cina,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source