Azza Fahmi kerap kongsi hantaran tentang kematian sejak 2 minggu lalu -Kakak
Konstabel Azza Fahmi Azhar kerap kongsi hantaran tentang kematian sejak dua minggu lalu dan perkara berkenaan membuatkan ahli keluarga hairan.
Kakak perasan Azza Fahmi kerap kongsi hantaran tentang kematian
Memetik laporan dari Bernama, kakak sulung mangsa, Nur Azza Assyaqiren Azhar, setiap hari adiknya memuat naik perkongsian tentang kematian di status WhatsApp dan kumpulan keluarga di aplikasi berkenaan sejak dua minggu lalu.
Walaupun berasa agak aneh, tapi mereka sama sekali tidak menyangka yang mangsa akan pergi meninggalkan keluarga dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.
“Saya memang rasa aneh tetapi tidak berfikir dia akan pergi dan tidak sangka perkara ini hendak berlaku, apabila dapat tahu mengenai kejadian saya tidak dapat fikir bagaimana keadaan dia semasa itu,” katanya.
Kredit foto: Bernama
Artikel lain: “Kenapa pergi Ami?…kami tak kuat” -Kakak mangsa serangan Balai Polis
Azza Fahmi kerap kongsi hantaran tentang kematian, berita tentang serangan buat keluarga terkejut
Ujarnya, arwah memang berminat dalam bidang kepolisian dan menghantar sendiri permohonan serta menghadiri temuduga sehingga berjaya demi membanggakan keluarga.
Mereka sekeluarga sememangnya terkejut dengan berita serangan tersebut dan bapa segera membawa ibu ke Johor selepas mendapat perkhabaran tentang kejadian yang menimpa Fahmi.
Azza Fahmi kerap kongsi hantaran tentang kematian, pesan dengan adik belajar sungguh2
Dalam pada itu, adik kepada Konstabel Azza Fahmi atau dipanggil Ami, Nur Azza Assyufia Azhar, 16, menyatakan yang abangnya mahu membelikannya telefon bimbit baharu namun perkara tersebut tidak kesampaian.
“Baru-baru ini semasa saya balik ke asrama, arwah abang ada kata nanti hendak bawa pergi beli telefon baharu … saya terkejut ketika sedang belajar di sekolah, tiba-tiba dipanggil ke pejabat dan diberitahu abang sudah meninggal dunia pada kira-kira 9 pagi tadi,” katanya.
Dia yang masih bersekolah di tingkatan empat akan sentiasa mengingati pesanan abang kesayangannya untuk belajar dengan rajin serta membantu ibu dan ayah.
Terdahulu, dua orang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram, Johor telah disahkan meninggal dunia susulan diserang oleh individu bertopeng dipercayai ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiyah.
Difahamkan, suspek juga telah meninggal dunia dalam serangan terbabit akibat ditembak dan seorang anggota polis lagi mengalami kecederaan parah.
Sumber: Bernama
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source