Imran Bard letih difitnah, dedah sudah lama tolak promosi jenama boikot
Pempengaruh, Imran Bard letih difitnah apabila namanya disenarai dalam gerakan Blockout2024 yang tular baru-baru ini.
Menerusi video yang berdurasi lebih 8 minit di platform TikTok, Imran menjelaskan yang dia sudah lama menolak untuk bekerjasama dengan jenama boikot sejak 7 Oktober tahun lalu.
Pergi event jenama antarabangsa untuk networking
Dia yang terkilan apabila ada sesetengah netizen mempertikaikan keberadaannya di majlis-majlis jenama boikot memaklumkan kehadirannya ke sana bertujuan untuk networking.
Menurutnya, usaha yang dilakukan dengan pergi ke majlis-majlis tersebut adalah bagi mendapatkan pekerjaan apabila bertemu dengan pihak-pihak lain seperti jenama tempatan.
“Takkanlah aku nak duduk rumah melepet je sebab boikot, aku kena pergi event, kenapa susah sangat nak faham? Dia takkan jadi masalah kalau aku tak post, tak promote. Kena cari alternatif lain, walaupun ada yang kata nanti Allah bagi rezeki lain, kita kita usaha. Sebelum nak boikot aku, kau fikir.”
@imeringue2 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Imran Bard letih difitnah, dapat produk jenama antarabangsa sebab diberi, bukan beli
Mengulas tuduhan mnghadiahkan produk jenama boikot kepada rakan, Imran memaklumkan yang dia tidak pun membelinya, melainkan diberi oleh jenama berkenaan.
Dia mengakui tidak mempunyai duit sebanyak itu untuk membeli produk jenama tersebut yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Artikel lain: Naim Daniel kecewa dihina netizen – “Hanya kerana berpesan jangan melampau memboikot”
Imran Bard letih difitnah, tepis dakwaan tak pernah kongsi tentang Palestin
Jelasnya lagi, dia sama sekali menepis dakwaan tidak pernah memuat naik sebarang perkongsian tentang kesengsaraan saudara-saudara di Palestin kerana ada sahaja posting yang dilakukan di Instagram dan juga X.
Tambahnya, dia juga pergi ke majlis-majlis solidariti dan pasti akan berkongsi berkenaan hal tersebut di media sosial miliknya.
“Siapa cakap? Aku tak pernah post? Aku selalu je post? Dekat TikTok, dekat X, pergilah tengok! IG story, hari-hari.” tegasnya.
Akui buntu cari pendapatan tapi percaya rezeki Allah
Imran bard letih difitnah dan agak buntu untuk mencari pendapatan disebabkan banyak menolak untuk bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa, namun percaya dengan rezeki daripada Allah S.W.T.
Ujarnya, ada sahaja jenama yang mahu menyamannya disebabkan tindakan menolak dengan tujuan boikot.
“Kau tahu tak betapa banyaknya brand aku tolak, ada yang nak saman aku, legal act, aku kena masuk mahkamah, korang ada? Tak.”ujarnya.
Oleh itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Al Imran Badaruddin berkenaan meminta agar orang ramai tidak mempertikaikan perjuangan mana-mana pihak berhubung isu tersebut kerana setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan keprihatian serta sokongan terhadap Palestin.
Sumber: TikTok imeringue2
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source