Mohon maaf secara terbuka kepada ibu, Fathia Latiff akui derita skizofrenia
Pelakon Fathia Latiff akui derita skizofrenia, gangguan mental psikosis selepas aktres ini terpalit dengan beberapa kontroversi sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fathia telah memuat naik satu foto memaparkan dia bersama ibunya, Badriyah Hassan ketika dia berusia 23 tahun.
Fathia Latiff akui derita skizofrenia
Pada ruangan kapsyen hantaran itu, Fathia mengucapkan terima kasih buat Badriyah kerana telah berjaya membesarkan aktres itu dengan baik.
Menurut Fathia, dia bukanlah anak yang mudah untuk dijaga namun ibunya tetap bersabar ketika mendidik pelakon berusia 37 tahun itu sehingga dia berjaya.
“Tak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu saya yang menakjubkan dan sangat hebat dan saya juga nak ucapkan terima kasih.
“Menjaga saya semasa kecil bukanlah tugas yang mudah. Ibu jaga saya, lindungi saya, lihat saya menari dan ajar saya Sains dan tatabahasa.
“Ia bukan tugas yang mudah kerana saya sangat nakal tapi ibu berjaya mendidik saya,” katanya.
Artikel lain: Kongsi foto mesra, Fathia Latiff sakan ‘berdugem’ di kelab malam?
Dalam pada itu, Fathia juga mengucapkan terima kasih kepada Badriyah kerana telah memberikannya memori yang sangat indah sepanjang pelakon itu membesar.
Bagaimanapun, pada akhir kapsyen itu Fathia berkata dia berasa bersalah kerana telah membebankan ibunya dengan gangguan mental yang sedang dia alami sekarang.
“Tapi hakikatnya, saya rasa bersalah sebab dah bebankan ibu dengan gangguan skizofrenia saya. Saya tak ada niat untuk susahkan ibu.
“Saya janji akan jaga diri dan berusaha untuk jadi lebih baik supaya kita dapat luangkan masa macam dulu. Tunggu ya ibu,” luahnya.
Sekadar info, sebelum ini Fathia berkongsi dia telah datang ke sebuah pusat psikologi dan emosi namun tidak menyatakan sama ada lawatannya itu berkaitan dengan gangguan skizofrenia yang dialaminya.
Pernah datang pusat pakar psikologi, Fathia Latiff akui derita skizofrenia
Terdahulu, nama Fathia mula terpalit dengan kontroversi selepas menyamakan wajah pelakon Zahirah MacWilson dengan bibik.
Selain itu, Fathia turut mendakwa bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan suami kepada Zahirah masih mempunyai perasaan terhadapnya.
Sejak dari itu, nama Fathia sering disebut-sebut kerana seringkali memuat naik foto atau video yang kurang menyenangkan di mata netizen seperti tidak memakai hijab.
Sumber: Instagram Fathia Latiff
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source