Fatiya Latiff Akui Hidap Skizofrenia -“Minta Maaf Kerana Telah Menyusahkan Ibu Dengan Penyakit Ini”
Di mana ada kemahuan, pastinya ada jalan untuk korang.
Tanpa sebarang latar belakang dalam bidang perakaunan, remaja Malaysia berusia 18 tahun, Hakeem Mohammad Akmal telah mencatatkan skor sempurna 100% untuk kertas FA1 Recording Financial Transaction selepas mengambilnya bagi sesi Julai-Disember 2019.
Secara tak langsung, Haqeem mencipta sejarah dunia apabila menjadi pelajar pertama yang berbuat sedemikian dan berada di tempat pertama subjek berkenaan.
Selepas cemerlang dengan keputusan cemerlang 9A ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, Haqeem mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT) di Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di sekolah menengah. Namun saya putuskan untuk tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Rakan dan tenaga pengajar juga tidak kisah membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Ingin Teruskan di UiTM
Menerusi kejayaan ini, Haqeem menerima anugerah kurniaan badan profesional perakauanan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari United Kingdom.
Buat masa ini, Haqeem sedang merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM menerusi ACCA kerana jurusan itu membuka peluang pekerjaan luas walaupun agak mencabar.
“Saya perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk masa hadapan.
“Saya masih keluar menonton wayang dan bersukan juga, tetapi saya selalu letakkan had agar tidak leka. Kena pandai control.
“Selain itu, saya juga kelilingi dengan orang yang positif dan rajin, itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. InsyaAllah.”
UiTM turut memuat naik ucapan tahniah kepada Haqeem sebelum berita ini tersebar.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source