Gagak terjatuh dalam periuk besar sup, peniaga rugi hampir RM2,000
Seorang peniaga mendakwa telah kerugian hampir RM2,000 selepas gagak terjatuh dalam periuk besar sup ketika operasi Ops Crow Sharpshooter (Ops CoSS) edisi Mini 2/2024, baru-baru ini.
Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, pemilik perniagaan Twin Cafe Sup 88 mendakwa mereka mengalami kerugian hampir RM2,000 akibat insiden tersebut.
Mereka bagaimanapun reda dengan kejadian yang berlaku.
Artikel lain: Lelaki loya & termuntah, kapit makanan kucing atas roti buat macam sandwich
Gagak terjatuh dalam periuk besar sup
Dakwa peniaga tersebut, dia terkejut apabila melihat pihak berkuasa menembak gagak tanpa pengetahuan sehingga menyebabkan haiwan perosak itu masuk ke dalam periuk sup.
Turut jelas kelihatan bekas darah haiwan perosak tersebut melekat pada bahagian penutup periuk tersebut.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai status periuk dicemari oleh bangkai gagak yang ditembak mati oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ketika Ops Crow Sharpshooter (Ops CroSS) edisi Mini 2/2024 baru-baru ini.
@twincafesup Alhamdullah tak ada rezki untuk hari tolong doakan kami dan support kami guys 😭 #rajasupno1dimalaysia #supsekoqlembu #jomtwincafe
Pihak berkuasa tempatan dah bersemuka dengan pemilik
Memetik laporan Sinar Harian, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan pemilik perniagaan berkenaan.
Malah, kedua-dua pihak telah menemui jalan penyelesaian secara berdamai membabitkan insiden tersebut.
Tak perlu buang periuk, boleh guna lagi
Sementara itu, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, orang ramai tidak perlu berasa was-was untuk menggunakan perkakas sama kerana haiwan yang perlu disamak hanya khinzir dan anjing.
Periuk atau bekas yang dicemari oleh binatang atau bangkai tidak perlu dibuang kerana masih boleh digunakan semula setelah dicuci dengan bersih.
“Gagak yang masuk dalam periuk itu sama macam binatang lain cuma makanan atau bahan dalam periuk perlu dibuang sebab sudah dicemari dengan bangkai gagak. Apa yang perlu dilakukan hanya perlu membasuh dengan bersih.
“Walaupun gagak merupakan haiwan yang disuruh bunuh oleh Nabi Muhammad SAW tetapi ia bukannya najis dan hanya binatang perosak. Ia tetap suci, tidak perlu disamak serta disertu,” katanya.
Sumber: TikTok @twincafesup, Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source