Wanita dua anak dihalau keluar rumah, dakwa sering dipukul suami & ibu mentua
Kisah seorang wanita dua anak dihalau keluar dari rumah tular di media sosial sejak semalam dan ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali Nurul Izni.
Kongsi Nurul Izni, dia dan keluarga bertemu tiga beranak itu di LRT Setiawangsa dan mendapati terdapat seorang bayi perempuan berusia dalam lingkungan sebulan lebih bersama abangnya.
Wanita dua anak dihalau keluar rumah
Menurut Nurul Izni, mereka menemui bayi perempuan itu terbaring di atas bangku keras sambil hisap botol susu.
Bagaimanapun, abangnya kelihatan seperti tidak tahu menjaga adiknya sebelum diajar cara memegang botol susu.
“Ya, dia (si abang) cuba sebaik mungkin. Takut bayi (adik) tersedak. Jadi, saya cuba mengangkat sedikit kepada bayi perempuan itu.
“Rasa nak nangis lihat bayi ini dalam keadaan comot dan tidak berselimut,”katanya.
Dalam pada itu, si abang memaklumkan ibunya pergi membeli barang sebelum bertanya sama ada kanak-kanak lelaki itu lapar atau tidak.
“Lapar tak? Dia geleng dan jawab dah makan tadi.
“Tanya dia ‘betul ke?’, dia berhenti dan kemudian bersuara perlahan cakap saya lapar. Kami belikan dia sedikit roti dan minuman,”kongsinya lagi.
Artikel lain: Ibu & dua anak dihalau dari rumah sewa, suami tak peduli selepas kahwin baru
Difahamkan, mereka tiga beranak telah dihalau keluar dari rumah oleh si bapa dan kanak-kanak lelaki itu telah berhenti sekolah (di sekitar Keramat).
Dalam pada itu, kanak-kanak lelaki itu pergi meninggalkan adiknya sementara kerana mahu mencari ibunya yang masih belum pulang dari membeli barang.
Tidak lama selepas itu, ibunya datang dengan berpakaian t-shirt lengan pendek dan berkain lusuh selain jelas kelihatan luka di tangan.
Si ibu dakwa sering dipukul suami, ibu mentua
Apa yang membuatkan hati mereka tersebut, si ibu mendakwa dia sering dipukul suami dan ibu mentua sebelum dihalau keluar dari rumah.
Akibat itu, mereka tiga beranak terpaksa duduk di tangga LRT kerana buntu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk naik teksi.
“Bila hari dah makin panas, mereka beralih masuk ke dalam. Si ibu membuat keputusan untuk balik ke kampungnya di Kedah.
“Dengan berat hati, kami tinggalkan mereka dalam jagaan staf LRT.
Kisah mengenai tiga beranak itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan masing-masing mahu menghulurkan bantuan.
Dah diambil ibu mentua balik rumah?
Bagaimanapun, tular dakwaan mengatakan ibu mentua wanita berkenaan telah mengambil dan membawa mereka tiga beranak pulang ke rumah selepas penularan kisah itu.
“Mak mentua dia dah ambil bawa balik rumah. Kalau sesiapa jiran yang kenal mereka ini, panggilah polis datang tengok sekejap di rumah itu,”maklum seorang pengguna Facebook dikenali Izzham Zaini.
Apa pun, didoakan agar tiga beranak dalam keadaan selamat dan dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: FB Nurul Izni, Izzham Zaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source