Pesan Bella Astillah buat bakal adik ipar- “Cukup kak long je gagal dalam perkahwinan”
Pesan Bella Astillah buat bakal adik iparnya sempena hari lahir lelaki tersebut begitu menyentuh hati apabila menitipkan nasihat supaya terus bersabar menjadi seorang pasangan lebih-lebih lagi selepas berumah tangga.
Gembira Didi Astillah temui lelaki yang sabar
Perkongsian yang dibuat oleh Diniey Ng iaitu teman lelaki kepada Didi Astillah tentang rangkuman ucapan hari lahir daripada ahli keluarga selebriti terbabit benar-benar membuatkan ramai terharu.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, dia gembira apabila adiknya, Didi bersama dengan insan yang sangat sabar kerana mengenali pelakon tersebut mempunyai sedikit panas baran.
Pesan Bella Astillah supaya terus bersikap sabar hingga berumah tangga nanti
Dalam ucapan selamat hari lahir itu juga, Bella berharap supaya Diniey meneruskan sikap sebegitu dan bukan hanya sebelum kahwin, tetapi sehingga berumah tangga kelak.
Bella yang kelihatan sebak juga meminta agar hubungan mereka kekal dan bukan seperti perkahwinannya yang gagal.
“Kak long tak nak adik kak long lalui benda yang sama. Diniey, kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya ke, cukup setia dan sayang keluarga kak long itu je.
“Dan kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat, dan sentiasa dipanjangkan umur, InsyaAllah, happy birthday” ujarnya.
https://www.instagram.com/p/C7OSyg4uX5o/?hl=en
Pesan Bella Astillah buat teman lelaki adik terharu
Diniey yang berkongsi video tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi meraikan ulang tahun kelahirannya.
Dia juga akui sangat bersyukur mempunyai mereka dalam kehidupan ini.
“I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua,” tulisnya.
Artikel lain: Didi Astillah nafi dakwaan bercinta dengan Aliff Aziz – “Beraninya buat fitnah”
Kita dengar pun nak nangis sama
Susulan daripada itu, ramai yang turut berasa sebak mendengar ucapan daripada Bella Astillah kepada bakal adik iparnya.
Mereka juga merasakan hubungan kekeluargaan antara mereka cukup positif dan berharap supaya hubungan Didi Astillah serta teman lelakinya berkekalan sehingga ke alam perkahwinan.
Air mata keluar bila dengar pesan Bella Astillah
Rasa diorang semua positive vibes
Sumber: dinieyng
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source