Gulai Ayam Kelantan Padu Rasa Makan Panas-Panas
Menu Gulai Ayam Kelantan memang popular di kalangan penggemar masakan Kelantan. Cukup rempah ratusnya menjadikan gulai yang dihasilkan cukup rasa.Resipi yang dikongsi oleh cikgu Afy ni mengikut cara cikgu sendiri. Lain orang berbeza masakannya.Makannya pun kena banjir kuah satu bungkus. Kuah atau nasi mesti salah satunya masih suam panas ya. Baru syok makan.Kalau ada yang nak cuba, dikongsikan resepi masakan cara Cikgu Afy
GULAI AYAM KELANTAN
Bahan-bahan:
Untuk sukatan 1/2 ekor ayam + 100g kopeh ayam
Tipnya:
Rebus asing kopeh (terutamanya kaki ayam).Masa rebus tu boleh letak asam keping
dan sedikit garam.Agak-agak separa masak, buang semua air rebusan ini. Lalukan
bawah air dan toskan.
Bahagian ayam lain pula cuci bersih dan toskan.
Bahan tumis:
5 sekawan
3 1/2 sudu besar rempah kari cikgu Afy
2 cubit serbuk cili
1 mangkuk air asam jawa
1/3 relung kecil nisse
1 sudu besar garam bukit (jangan membukit)
1/2 sudu kecil perisa Hilal
1 sudu besar gula
1/3 cawan santan
120-130ml air
Kerisik
Lada solok hijau
Bahan kisar:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
2 hiris nipis halia
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan satu senduk kecil minyak.Tumis 5 sekawan sehingga naik bau.
Kemudian tuang bahan kisar tadi. Tumis hingga kekuningan.
2.Macam cikgu selalu perkenalkan; cikgu penjual kecil-kecilan rempah gulai Kelantan. Rempah gulai cikgu guna semestinya rempah sendiri.Gunakan 3 1/2 sudu besar rempah kari cikgu afy yang khas didatangkan dari Kelantan.Cikgu campur dua cubit dengan serbuk cili.
3.Kiranya cikgu dah tak guna cili kisar. Kalau nak tambah tak ada masalah. Boleh tumis sekali selepas bawang tadi ya. Sekarang dah boleh masukkan RCA.
4.Gunakan api paling perlahan. Biarkan rempah garing seketika sehingga terbit minyak. Cara cikgu memang tak bancuh dulu dengan air sekali.Asalkan jaga api je.
5.Masukkan 1 mangkuk air asam jawa.(semangkuk air + dua cubit asam jawa).
6.Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1/3 relung kecil nisse
– 1 sudu besar garam bukit (jangan membukit)
– 1/2 sudu kecil perisa Hilal
– 1 sudu besar gula
7.Tutup periuk sekejap. Biarkan sehingga pes pecah minyak.
8.Begini kejadiannya. Cantik pecah minyak.Barulah hasil gulai nanti pun nampak menarik.
9. Kemudian masukkan 1/2 ekor ayam dan kopeh direbus tadi.
10.Kacau sebati. Tutup periuk. Renehkan dalam api perlahan 1/2 jam – 40 minit.
11.Dah reneh dalam api kecil biar ayam empuk begini.
12.Masukkan santan kelapa 1/3 cawan santan atau 80ml. Cikgu guna santan kotak jenama MS je sejak dulu.
13.Tambah air 120-130ml. Ikut atas kepekatan yang diingini.
14.Ni cikgu tambah perasa peringkat kedua untuk rasa lebih ngam dengan kuah.Ikut atas citarasa sendiri.Yang tepi kanan tu kerisik ya.Cikgu simpan dalam peti tak sempat nak keluarkan awal.Jenama kerisik cikgu suka cap Wangi.
15.Benda paling penting juga untuk menaikkan aroma gulai Kelantan,lada solok hijau. Perghh lain macam bau gulai tu nanti. Lepas tu biar lagi dalam 15-20 minit api paling perlahan. Kacau-kacau sesekali.
16.Tutup api selepas kuah gulai memekat dan mendidih beberapa kali. Siap.
17.Perghh, hasilnya memang dapat rasa gulai macam makan nasi berlauk di kampung.
18.Jangan lupa bungkus nasi. Nak sedap makan kena guna beras Siam.Letak sambal jantan.
Kredit: Afy AL Habibi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source