Anak nyanyi lagu Kesetiaan, peminat sebak rindukan arwah Siti Sarah
Anak nyanyi lagu Kesetiaan yang cukup sinonim dengan allahyarham Siti Sarah Raissuddin sehingga peminat sebak kerana merindukan sosok penyanyi yang sangat berbakat itu.
Talita nyanyi lagu ibu
Menerusi perkongsian yang dibuat isteri kepada Raissuddin Hamzah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makder di Instagram, anak kedua allahyarham dan pelawak, Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra, 11, telah menyanyikan lagu ‘Kesetiaan’ milik ibunya.
Anak nyanyi lagu Kesetiaan, terlihat mata berkaca
Menerusi kapsyen, Makder menyatakan yang suaminya berpesan kepada Talita supaya memperbetulkan dahulu nafas jika ingin menjadi seorang penyanyi.
Walaupun tidak begitu serius ketika mendendangkan lagu yang cukup bermakna itu, namun dia dilihat tetap mencuba untuk menyampaikan lagu tersebut dengan baik walaupun matanya seakan berkaca-kaca.
Artikel lain: Watie terharu, anak gadis Shuib cuma mahu luang waktu berdua ketika ‘birthday’
Anak nyanyi lagu Kesetiaan, Shuib kenang kerap ditegur salah pegang mic
Shuib juga turut meninggalkan komen dengan memuji cara Talita memegang mikrofon, tidak seperti dirinya yang kerap dimarahi arwah kerana salah sewaktu menggunakan pembesar suara.
Suara seakan-akan ibu
Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai sebak kerana terkenangkan arwah yang memang terkenal dengan lagu Kesetiaan tersebut.
Mereka juga akui merindu penyanyi itu dan mendengar suara Talita hampir sama dengan ibunya. Mereka juga menyatakan suara anak gadis kepada Shuib dan arwah Siti Sarah ini akan menjadi lebih bagus jika dia terus berlatih.
Sebak! Meremang dengar
Rindu terus dekat ibu dia
Penyambung legasi ibunya
Sumber: Instagram suciuwais
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source