1 Juta Krim ‘Sunscreen’ Azarine Terjual Di Indonesia Setiap Bulan! Kini Jenama Kecantikan Ini Sudah Masuki Malaysia
Setelah 22 tahun menjadi jenama produk kosmetik dan penjagaan kulit terkenal di seluruh Indonesia, akhirnya jenama Azarine Cosmetic (Azarine) menemui pelanggan di Malaysia bermula bulan Mei 2024.
Azarine yang diasaskan di Indonesia sejak tahun 2002 oleh Puan Yuniati Sastera Kusuma (Miss Yuni) dan Encik Brian Lazuardi Tjahyanto ini sememangnya merupakan salah satu jenama produk kecantikan pilihan di negara seberang itu, tidak kiralah dalam kalangan pelanggan perempuan mahupun lelaki.
Populariti yang dimiliki oleh Azarine pun bukan calang-calang tau! Khabarnya, jenama itu mampu menjual lebih daripada 1,000,000 krim pelindung matahari atau sunscreen pada setiap bulan!
Yes, krim pelindung matahari diketahui umum cukup penting untuk mengelakkan masalah kulit seperti pigmentasii, jeragat, tekstur kulit kasar dan yang paling digeruni setelah meningkat usia, kedutan pada wajah serta leher.
Tambahan pula di negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia, kita semua tahu kepentingan krim pelindung matahari.
Namun, apa yang membuatkan masyarakat Indonesia memilih Azarine berbanding jenama lain?
REMAJA berkesempatan menemui Pengarah Pemasaran Azarine Cosmetic, Marcella Vanessa Tjahyanto pada sebuah majlis pelancaran jenama Azarine di Petaling Jaya baru-baru ini untuk mengetahui ‘rahsia’ yang membuatkan Azarine cukup popular.
“Kami menjual 1 juta sunscreen pada setiap bulan di Indonesia dan mula memperkenalkan sunscreen sejak 4 tahun lepas. Kini, Azarine sudah memiliki pelbagai jenis sunscreen dalam rangkaian kami.
“Rahsianya? Sudah tentu disebabkan inovasi di sebalik produk kami dan kualiti yang kami tawarkan. Majoriti orang ramai merasakan sunscreen itu ‘berat’ teksturnya malah berminyak; lalu membuatkan mereka malas untuk memakainya.
“Dengan teknologi terkini, sunscreen Azarine amat ringan sehinggakan pengguna baharu kami pernah bertanya, adakah produk ini benar-benar sunscreen kerana belum pernah menjumpai sunscreen sepertinya.
“Kini, kami teruja untuk memperkenalkan jenama ini kepada pengguna di Malaysia pula. Tanpa perlukan harga premium, anda masih boleh mendapatkan ‘keputusan premium’ untuk kulit wajah,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Pelembap Sejak Remaja, Rahsia Kulit Cantik LUNA MAYA – REMAJA
Tambah Marcella, dirinya yang mempunyai kondisi kulit normal-kering juga memilih produk keluaran keluarganya itu sendiri kerana lebih mempercayai kandungan yang mereka tawarkan.
Bersesuaian dengan kondisi penggguna di rantau Asia Tenggara, Marcella menggunakan Moisture Rich Hydrating Toner, Brightening C Glow Serum, Pure Radiance Barrier Moisturizer dan Hydramax C Sunscreen Serum Spf50 yang mempunyai fungsi pelembap di dalam.
“Kami ingin mengajak anda untuk sekurang-kurangnya mencuba produk-produk Azarine dan lihat kesannya terhadap kulit anda. Azarine kini sudahpun berada di lebih daripada 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia.
“Sekiranya tidak pasti produk manakah yang bersesuaian dengan kulit anda, sila DM kami di Instagram untuk sebarang pertanyaan anda,” katanya.
Sebagai info, pembuatan kesemua produk kecantikan dan penjagaan kulit Azarine beroperasi di bawah protok ketat yang diperakui ISO bagi memastikan produknya mematuhi kualiti tertinggi.
Selain krim pelindung matahari, Azarine turut memiliki lebih 30 produk merangkumi kategori seperti pembersih, toner, serum & rawatan, pelindung matahari, pelembap dan penyelesaian pencerahan aktif.
Rata-rata hanya dijual bermula RM15 hingga RM25 sahaja. Maka, tiada masalah untuk korang mencubanya hari ini!
ARTIKEL BERKAITAN: Kacukan Malaysia-Indonesia, Urut Muka Setiap Pagi Rahsia Kulit Cantik AISHA RETNO! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source