Fatin Afeefa hentikan kerjasama dengan jenama luar -“Suami boleh bagi duit”
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa hentikan kerjasama dengan jenama luar yang mempunyai kaitan dengan Israel bagi menyokong kempen boikot yang dilakukan oleh netizen, baru-baru ini.
Menurut laporan Media Hiburan, keputusan tersebut menjadi salah satu faktor dia sudah tidak aktif di media sosial.
Fatin Afeefa hentikan kerjasama
Artikel lain: Penuhi permintaan suami, Fatin Afeefa tinggalkan dunia lakonan dan nyanyian
“Ketika ini, kempen boikot sedang rancak berjalan di media sosial. Jadi, saya memang mengelak untuk bekerjasama dengan jenama yang menyokong genocide.
“Kalau anda lihat platform media sosial saya, semua jenama-jenama tersebut sudah tiada lagi. Dahulu, saya akan bekerjasama dengan bermacam-macam jenama.
“Sebab itu ramai yang tanya kenapa saya tak aktif lagi di media sosial. Apa lagi yang saya nak buat?
“Saya dah hentikan kerjasama dengan mereka. Saya bagitahu kepada pengurusan yang saya tak nak buat lagi,” katanya.
Fatin Afeefa hentikan kerjasama
Bukan itu sahaja, aktres yang berusia 30 tahun itu rela hati untuk menganggung segala kesan daripada menamatkan kontrak kerana percaya pada rezeki yang telah ditetapkan Allah.
Jelasnya, dia tidak takut jika hilang pendapatan memandangkan masih ada suami yang boleh dijadikan tempat bergantung.
“Kita ada budi bicara dan saya tak nak bermusuh dengan pihak-pihak yang menguruskan jenama tersebut. Tapi saya tahu kesannya. Nama saya akan disenarai hitamkan oleh jenama tersebut.
“Namun, saya tak kisah. Rezeki di bumi Allah ini luas. Kalau tak dapat daripada jenama ini, kita akan dapat rezeki lain.
“Saya tak takut pun fasal hilang pendapatan. Kata suami, kalau saya tiada duit, dia boleh bagi,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Dia kemudiannya berkahwin dengan Aliff Awang pada 30 Disember 2022 dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat,
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source