Dari Gemas, Naik Jungle Train Menuju Ke Dabong
Macam mana dengan musim cuti sekolah kali ini? Ada yang nak menuju ke Dabong tak? Haaa… kalau anda salah sesorang yang suka ber jalan jauh dengan anak-anak, boleh cuba bagi pemgalaman naik jungle train.
Apa yang menariknya, Dabong ini boleh dikunjungi menggunakan perkhidmatan Ekspress Rakyat Timuran atau ‘Jungle Train’.
Menarik bukan? Pengalaman menaiki tren ini pasti akan meninggalkan kenangan yang indah di samping mak ayah dan anak boleh berekplorasi bersama. Jom kita tengok perkongsian percutian di bawah untuk dijadikan panduan!
Naik Ekspress Rakyat Timuran Dari Kajang Ke Timur
Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong. Tips and tricks beli tiket:
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Tempat Makan Best di Dabong. WAJIB Cuba!
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap!
2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jari!
3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menangis.
4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
5. Dodol lemak – sebagai souvenir
Tempat penginapan:
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Tak menyesal trip kali ni. Sungguh pun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia.
Memang berbaloi!
Sumber: Felicia Ramzi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source