Penyanyi lagu Bea Sobar Bea akui ‘takut-takut’ menyanyi di Kelantan
Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Eda Ezrin akui rasa takut-takut untuk bernyanyi di negeri sendiri walaupun banyak lagunya telah menaikkan loghat Kelantan.
Memetik laporan Sinar Harian, Eda atau nama sebenar Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berkata dia faham situasi di Kelantan yang tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai.
Penyanyi lagu Bea Sobar Bea takut2 nyanyi di Kelantan
“Situasi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyanyi. Bakat ini merupakan punca rezeki kepada saya.
“Alhamdulillah, walaupun di Kelantan sukar tetapi saya ada menerima jemputan di seluruh negara sehingga tidak menang tangan,” katanya.
Menurut Eda, namanya melonjak naik selepas lagunya ‘Cinta Setandang Pisang’ yang dinyanyikan bersama Den Manjo menjadi popular.
Malah menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia juga telah menjuarai Carta Muzik TikTok Malaysia yang sekaligus mempopularkan loghat Kelantan.
Artikel lain: Air telaga di Kelantan kering, penduduk terpaksa buang selut & gali lebih dalam
Dalam pada itu, penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industri seni itu turut berkata dia akan mengadakan persembahan di Brunei pada bulan Oktober ini.
Selain itu, Eda turut memaklumkan dia akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi bersama Man Khan serta Adek Wanie disamping turut sama menyanyikan lagu solo.
Penyanyi lagu Bea Sobar Bea naikkan loghat Kelantan
Eda turut menyatakan buat masa sekarang dia sedang sibuk membuat ‘review’ produk kecantikan dan makanan sebagaimana yang diminta oleh pelanggan.
Sekadar info, Eda pernah popular dengan lagu Adik Jando Abe Dudo duet bersama Den Manjo, Boya Darat (duet bersama Nadieya) dan banyak lagi.
Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source