Bekas isteri Hisyam Hamid akui hati terluka sekarang, tapi yakin tidak akan lama
Bekas isteri Hisyam Hamid akui hati terluka sekarang namun yakin ia tidak akan kekal lama dan akan pulih bila tiba masanya.
Memetik laporan dari Harian Metro merujuk kepada perkongsian di Instagram, Rosmawati Hanafi atau biasa disapa Mel menyatakan yang perpisahan dengan aktor tersebut sememangnya satu kehilangan yang berat dan meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.
Anggap ada hikmah disebalik perpisahan
Namun, dia tetap menganggap akan ada hikmah disebalik episod duka ini walaupun menutup rapat kisah kehidupannya yang tidak ramai orang tahu.
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan,” katanya.
Artikel lain: Hisyam Hamid dedah status perkahwinan -“Kami tidak lagi suami isteri”
Bekas isteri Hisyam Hamid perlu jadi lebih kuat
Dalam pada itu, bekas isteri Hisyam Hamid juga percaya setiap yang berlaku pasti akan mengubati kehidupannya untuk menjadi lebih kuat dan matang di masa hadapan.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” katanya.
Terdahulu, Hisyam Hamid mendedahkan status perkahwinannya dengan Mel yang kini sudah bukan suami isteri lagi.
Namun begitu, dia menjelaskan yang hubungan mereka masih baik serta bekas isteri masih menguruskan kerjaya seninya.
Untuk rekod, Hisyam dan Mel telah mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
Sumber: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source