Pasangan tular mengaku bukan suami isteri, rancang kahwin minggu hadapan
Pasangan tular yang menaiki motosikal dengan menggendong anak mereka berusia 11 bulan baru-baru ini mengaku bukan suami isteri selepas pihak masjid setempat mendedahkan status perkahwinan mereka.
Memetik laporan dari Mstar, Mohd Azlan Ishak, 36 mengaku perihal perkara tersebut setelah banyak berita kurang manis timbul berkenaan mereka selepas kisah keluarga menjadi perhatian.
Lebih utamakan kesihatan anak
Ujar Azlan, mereka memang merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun terpaksa memikirkan tentang kesihatan anak dahulu yang menghidap masalah paru-paru kronik.
“Sebelum ni kami sudah buat perancangan untuk berkahwin. Tapi kami lebih utamakan kesihatan anak, jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak yang sakit.
“Tapi kami dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen untuk berkahwin pada ustaz (imam masjid),” katanya.
Pasangan tular mengaku belum kahwin, akur nasihat tidak tinggal sekali
Dia yang dihubungi sumber juga mengaku pernah ditegur oleh oleh pihak berkuasa agama kerana bersekedudukan dan dinasihati untuk tinggal berasingan.
Jelasnya, dia dan Norhidayu Halim, 35 dalam sedang akan menikah dalam masa terdekat dan segala dokumen sudahpun diserahkan kepada imam.
“Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin.
“Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya,” katanya.
Artikel lain: Wanita kongsi gambar pasangan tular berniat baik -“Bahagian kita dah lepas”
Pasangan tular mengaku belum nikah, nafi pasangan isteri orang
Dalam pada itu, Azlan juga menjelaskan status pasangannya yang sebelum ini didakwa masih lagi isteri orang.
Menurut lelaki itu, Norhidayu sudahpun berpisah dengan bekas suami yang kini sedang berada di dalam penjara sejak Ogos lalu bagi menjalani hukuman.
“Hidayu sebenarnya sudah bercerai dengan suami dia sebelum ini. Dokumen mengenai penceraian dia dan suami pun kami sudah ada,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Bernama
Terdahulu, berita tentang hubungan mereka yang bukan suami isteri benar-benar mengejutkan kerana ramai yang menyangka mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak yang menghidap penyakit kronik.
Selain daripada pengguna media sosial, keluarga terbabit turut dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia dan juga pengusaha kedai otomotif apabila memberikan kereta jenis Proton Persona untuk kegunaannya berulang alik ke hospital membuat pemeriksaan untuk anak-anaknya yang kurang sihat.
Sumber: Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source