Aku Bukan Ustazah dikecam, Erysha Emyra perjelas watak & dialog papar realiti sebenar
Pelakon meningkat naik, Emysha Emyra akui tak mampu untuk kawal reaksi penonton apabila penampilan dan wataknya dalam drama Aku Bukan Ustazah dikecam ramai.
Menurut laporan HibGlam, aktres yang berusia 25 tahun itu berharap netizen dapat terima mesej yang ingin disampaikan dalam drama itu dimana ia benar-benar berlaku dalam kehidupan sebenar.
Bukan itu sahaja, Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria akui bukan mudah untuk kekal istiqamah dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
Aku Bukan Ustazah dikecam
Artikel lain: Sentuh hukum berniqab, ramai bimbang dialog drama Aku Bukan Ustazah
“Kalau kita ambil secara positif melalui drama dan watak tersebut, kita dapatlah mesej tentang kehidupan ini. Nak istiqamah bukan senang.
“Ada juga respons dan maklum balas yang saya lihat dalam TikTok ramai mengaku diri mereka juga begitu, pada akhirnya kita semua manusia lemah.
“Saya sendiri pun bukannya baik sangat, mungkin ada hari iman kita naik dan begitulah sebaliknya,” katanya.
Malah, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Noniswara Baharudin memperjelaskan mengenai babak bertudung singkat dalam drama itu.
Aku Bukan Ustazah dikecam
Sebelum ini juga, netizen tidak bersetuju apabila terdapat dialog yang menyentuh hukum berniqab dan syarat wajib dalam menutup aurat.
“Ada juga yang mempertikaikan saya yang bertudung labuh dalam drama itu tiba-tiba ada satu babak saya bertudung singkat. Sebenarnya itu adalah babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah.
“Saya rasa orang yang memberikan komen itu tidak menonton drama tersebut dan hanya melihat potongan video yang tular,” ujarnya.
Sumber: HibGlam (Nur Muhammad Haikal Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source