Video terangkan isu ‘tembikai’ ditonton lebih 40 juta kali di IG -Khairul Aming
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming menyatakan video terangkan isu ‘tembikai’ yang dikongsikan tempoh hari telah ditonton lebih 40 juta kali di Instagram dalam masa sehari.
Vidoe kolaborasi dengan Sofyank dapat perhatian
Difahamkan, video kolaborasi bersama Sofyank itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan terima kasih kepada dua pempengaruh hebat ini kerana memberi penjelasan yang mudah untuk difahami tentang apa yang sedang berlaku di Palestin.
Artikel lain: Kolaborasi kali pertama, Khairul Aming & Sofyank bergabung terangkan isu ‘tembikai’
“Dalam masa 24 jam video semalam (kelmarin) dah capai 40 juta views di IG dengan lebih 600,000 orang share video tersebut.
“Terima kasih kepada semua yang bantu sebarkan awareness tentang saudara kita di sana. Sama-sama kita teruskan usaha dan doa untuk rakyat Gaza,” tulisnya dengan menyertakan bukti jumlah viewers.
Khairul Aming terangkan isu Palestin bersama Sofyank
Terdahulu, Khairul Aming dan Sofyank telah berkongsi apa yang telah berlaku di Gaza dan Rafah di mana ia menjadi perbincangan dunia sejak kebelakangan ini susulan tindakan kejam penjajah yang melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ terhadap masyarakat di sana.
Selain daripada penerangan yang mudah difahami, infografik yang jelas dalam video berduarasi 8 minit itu telah membantu lebih ramai masyarakat Malaysia bahkan dunia untuk memahami apa yang sedang berlaku di lokasi terbabit.
Tindakan mereka memuat naik video tersebut telah mendapat pujian ramai dan masing-masing mengucapkan terima kasih diatas ikhtiar mereka menyebarkan awareness berkenaan isu di negara yang sangat sinonim dengan ‘tembikai’.
Khairul Aming dan Sofyank juga memohon orang ramai supaya tidak berhenti untuk mendoakan saudara-saudara kita di negara berkenaan sehingga mereka mencapai kemenangan.
Sumber: Instagram Khairul Aming
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source