Adira Suhaimi jawab tuduhan langgar idah -“”Anak 4 orang tu siapa nak beri makan?”
Penyanyi, Adira Suhaimi jawab tuduhan langgar idah susulan ada netizen mempersoalkan tindakannya yang masih keluar dan berdandan sedangkan baru sahaja berpisah dengan usahawan, Datuk Red.
Mencari rezeki tanggung diri & anak2
Menerusi posting yang dibuat oleh Adira di platform TikTok, dia menyatakan perlu keluar bekerja dalam tempoh idah kerana mahu mencari rezeki bagi menganggung diri serta anak-anak yang masih perlu diberi perhatian.
@adirasuhaimi.ami Replying to @DKay awas eh dekkk awak terbaik awak no syatu ! satu video tuk adikk #fyp
“Saya ini bukan balu, saya bercerai hidup bukan pasangan meninggal dunia.
“Jadi, saya perlu keluar untuk mencari sesuap nasi. Kalau duduk di rumah, siapa yang hendak beri makan?” katanya.
Adira Suhaimi jawab tuduhan, perlu keluar bekerja
Perkara itu dinyatakan oleh Adira selepas ada pertanyaan daripada seseorang yang mempersoalkan tentang tempoh idahnya sama ada masih berlangsung atau sudah berakhir.
Tambahnya lagi, dia berpendapat bahawa wanita yang kematian suami iaitu balu juga boleh keluar rumah jika bertujuan untuk mencari nafkah.
“Kalau idah kematian suami, dia perlu atas urusan kerja, boleh dia nak keluar sebab siapa nak sara hidup dia?
“Habis itu, anak empat orang (anaknya) itu siapa nak makan? Awas ya!” ujarnya.
Artikel lain: Datuk Red lancarkan produk dalam kereta, Adira telefon bagi pinjam studio
Adira Suhaimi jawab tuduhan, tapi masih ada yang kurang setuju
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, pelbagai komen diterima oleh netizen yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Adira.
Ujar mereka, memang boleh keluar rumah atas tujuan tertentu, namun tindakan bersolek nampaknya kurang sesuai memandangkan ia juga antara yang dilarang ketika tempoh idah.
Tapi nak melawa rasanya tak boleh
Keluar tetap kena minta izin bekas suami
Yang penting niat
Kalau duduk rumah siapa nak beri duit
Untuk rekod, penyanyi lagu Pujaan Hati berkenaan telah sah bercerai talak satu dengan usahawan, Datuk Red atau Adnan Abu, 46 pada 23 April lalu.
Adira juga tidak menuntut nafkah idah dan mutaah kepada bekas suami kerana memahami masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh Datuk Red ketika ini.
Difahamkan, hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok adirasuhaimi.ami
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source