Perjelas cuma langkah kubur ‘fake’, tindakan dua wanita dirujuk JAKIM & Mufti
Pempengaruh perjelas cuma langkah kubur ‘fake’ selepas tindakan beraninya bersama seorang lagi rakan melangkah pusara itu berkali-kali diselar warganet.
Tindakan mereka bukan sahaja digelar tidak beradab, malah juga melabel mereka sebagai kurang ajar dan tidak menghormati si mati.
Perjelas cuma langkah kubur ‘fake’
Bagaimanapun, salah seorang wanita yang juga pempengaruh telah tampil memberi penjelasan mengenai video berkenaan dalam sebuah video TikTok.
Menurut @keknanjudge atau lebih mesra disapa sebagai Kek Nan, video tersebut adalah untuk tujuan marketing semata-mata bagi sebuah filem pendek bergenre seram yang berada dalam pembikinannya ketika ini.
“Saya ingin buat penjelasan mengenai video saya yang baru tular tentang saya dan rakan saya langkah kubur.
“Pertama sekali, kubur itu kubur fake. Kenapa fake? Sebab sebenarnya kita sedang shooting di mana jalan ceritanya adalah mengenai dua orang kawan yang tidak percaya syaitan dan cuba untuk ‘bangkitkan’ jin.
“Minta maaf saya tidak boleh hendak reveal nama production mana yang terlibat. Cuma saya tahu ini tanggungjawab saya sendiri, saya post untuk tujuan marketing supaya orang akan tengok short film kita,” jelasnya.
Artikel lain: Pasangan tular bawa bayi lelaki berusia 11 bulan dah hilangkan diri, gagal dihubungi
Jelasnya lagi, ini bukanlah kali pertama dia membuat filem bergenre seram kerana sudah banyak kali membuat video pendek untuk dimuat naik ke laman YouTube.
Dalam masa sama, dia turut memohon maaf seandainya hantaran tersebut telah mengundang salah faham pelbagai pihak.
“Jadi untuk short film ini, kita buat kubur baru, dalam itu tidak ada orang. Tanah itu pun tanah lapang dan kita korek tanah, letak papan sebagai batu nisan supaya nampak macam kubur. Ini hanyalah untuk shooting semata-mata.
“Benar, benda yang saya post itu mengundang fitnah, orang fikir kubur siapa pula yang dilangkah itu. Jangan risau, tidak ada orang pun dalam kubur itu. Kami masih tahu adab, tidaklah sampai hendak langkah kubur yang bertuan.
“Kepada masyarakat di sekitar tanah pekuburan yang kami shooting itu, saya juga ingin minta maaf sebab kami tidak ada niat untuk bersifat kurang ajar di tanah perkuburan tersebut. Cuma, kami jamin kubur itu hanyalah buatan semata-mata dan bukannya kubur manusia,” jelasnya.
Tindakan dirujuk kepada JAKIM, Mufti
Tindakan dua wanita yang membuat video mereka melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan merujuk kepada pihak berautoriti seperti Jakim dan Jabatan Mufti bagi mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum membuat keputusan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, kerajaan akan mengkaji keperluan sama ada untuk memanggil kedua-dua individu itu selepas menyemak dan melihat secara keseluruhan situasi agar pandangan diberikan itu adalah berdasarkan informasi yang tepat.
“Kita akan merujuk kepada Jakim dan Jabatan Mufti. Apabila berbicara mengenai aspek hukum, kita perlu merujuk pihak berautoriti bagi meredakan perselisihan faham itu.
“Pihak berautoriti (Jakim dan Jabatan Mufti) akan memberi pandangan dan nasihat berkaitan isu berkenaan. Jika perlu, mereka yang terlibat akan dipanggil,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online (Rosmizan Resdi), TikTok @keknanjudge
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source