Fizo Omar Buat Surprise Di Sekolah Anak, Maryam Peluk Daddy Macam Tak Nak Lepas
Satu kenyataan motivasi dan menaikkan semangat para wanita ini tidak salah. Ya perempuan perlu punya wang dan harta sendiri supaya jika sendirian ditinggalkan suami, wanita punya ‘sesuatu’ untuk meneruskan kehidupan.
Namun wang, pangkat dan harta bukan segalanya bagi seorang wanita bergelar ibu. Kebahagiaan itu terletak ditangan kita sendiri.
Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini benar-benar mendalam. Kita bahagia seadanya mengikut cara dan kemampuan kita. Kita pilihlah yang paling terbaik buat hidup kita dan anak-anak.
Semalam makcik saya hantar gambar ni kat grup famili. Yang sorang tu makcik lagi satu. Sorang lagi tu nenek.”Ambik angin petang”, tulisnya.
Makcik saya yang ambik gambar ni dulu kerja jururawat. Kata nenek saya kerja Misi. Bukan kat Malaysia saja. Sampai Arab Saudi sana. Sambil kerja sambil sambung belajar. Balik sini jadi instruktor. Di sebuah universiti swasta terkemuka.
Gaji dia sedap lah juga. Kalau sewa rumah pun makan ribu. Anak kecik pun sekolah lagi semua. Maknanya boleh tahan lah tu.
Satu hari dia buat video call. Katanya nak berhenti. Nak jaga nenek. Nak bawa nenek habiskan usia kat rumah kampung. Duduk dia bandar lain. Kot mana hebat pun tak sama dengan rumah dia sendiri. Bila saya tanya dah fikir habis ke. Dia cuma kata dia tawakal saja.
Betul. Tak lama dia berhenti. Balik kampung. Angkut semua anak tukar sekolah. Bawa nenek. Suaminya pun bagus. Ikut sama. Berulang walau jauh jaraknya. Kadang makcik lagi sorang datang. Dia pun tak berapa sihat juga. Tapi bolehlah buat teman mengisi masa.
Saya tanya dia apa dia rasa lepas berhenti. Macam mana bila biasa dah hidup bergaji. Ada rutin. Tiba-tiba kena tukar semua. Dia kata lega.
Tak tahu kenapa. Tapi lega. Dia tahu duit tak akan masuk macam dulu. Tapi dia tak risau. Dia kata tak pernah putus makan lagi. Sentiasa ada orang bagi. Pakcik yang duduk tak jauh dari rumah rajin hantar lauk. Jiran sebelah suka bagi sayur. Pokok yang dia tanam elok menjadi. Kalau balik kampung ada je nanti bekal dia bagi.
Pakcik makcik yang lain pun rajin datang. Katanya ada sekali tu kena suruh orang berhenti belikan ikan. Dah banyak sangat. Takut tak termakan.
Semalam saya baru baca. Tulisan motivasi tentang betapa perempuan kena ada duit sendiri. Ada kerjaya. Ada posisi yang baik untuk dihormati. Untuk bahagia. Untuk gembira. Mesti jadi sesuatu. Atau seseorang.
Mesti berjalan luar negara.
Mesti ada harta sendiri.
Mesti ada masa untuk diri sendiri.
Tapi makcik saya jumpa bahagia dia dengan menjadi semua yang disebaliknya. Duit sendiri. Kerja sendiri. Masa sendiri. Harta sendiri. Semua dah tiada. Tapi di situ dia jumpa bahagia sebenar dia.
Bahagia dia adalah ‘bergaduh’ dengan nenek saya. Bahagia dia adalah dengan tolak kerusi roda nenek untuk ambik angin petang. Bahagia dia adalah ada masa ambik dan hantar anak sendiri ke sekolah. Bahagia dia adalah layan cerita tamil dengan makcik lagi sorang.
Makcik saya ajar sesuatu. Penanda aras bahagia dan kaya kita semua tidak pernah sama. Matlamat orang dan matlamat kita tak akan serupa. Keinginan kita dan keinginan orang sentiasa berbeza.
Sampai usia sekarang, saya masih tak tahu apa erti sebenar berjaya. Tapi pada saya berjaya adalah apabila kita bahagia. Orang yang bahagia adalah orang yang tahu di mana punca bahagia dia. Dan dia kuat untuk buat apa saja yang buat dia bahagia. Dia tidak takut jatuh dalam penilaian mata manusia. Asal saja tak jatuh dalam murka Tuhannya.
Makcik saya ni pernah bergurau,” Kau tengok Amy. Comot dah Acik sekarang ni”. Tapi saya jawab dalam hati, moga di sana nanti dia jadi secantik bidadari, asbab syukur dan sabarnya yang tinggi.
https://www.youtube.com/watch?v=y3oM7ClXN-4
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source