Dr. Say Terkedu Calon SPM 2023 Bangga Gagal Subjek. “Tolong Jangan Jadi Bodoh Sombong Dik”
Di sebalik kejayaan 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperolehi keputusan semua A bagi subjek-subjek yang diambil, jumlah calon yang gagal dalam beberapa subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah juga cukup mengejutkan.
Daripada 383,685 jumlah calon SPM 2023, sebanyak 9,306 calon dilaporkan gagal subjek Bahasa Melayu manakala 20,868 calon pula gagal subjek Sejarah.
Lebih mengejutkan apabila 33,915 calon dilaporkan tidak memperolehi sijil SPM kerana tidak hadir bagi menduduki mana-mana kertas peperiksaan atau gagal bagi subjek Bahasa Melayu atau Sejarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan SPM Tak Capai Sasaran, Pelukan Ibu Buat Anak Perempuan Undang Sebak Netizen – REMAJA
Situasi tersebut nyata membimbangkan; tambahan pula apabila peperiksaan utama seperti SPM kini dijadikan penanda aras kepada prestasi remaja masa kini yang ‘terlepas’ daripada perlu menduduki beberapa peperiksaan utama di alam persekolahan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Tidak cukup sekadar statistik itu, orang ramai terus risau dengan sikap segelintir remaja yang dikatakan berbangga dengan kegagalan mereka memperolehi keputusan cemerlang bagi SPM 2023. Malah sebilangan juga beranggapan kegagalan itu bukanlah satu titik tercorot dalam kehidupan mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, pempengaruh dan doktor pakar sakit puan bertauliah, Dr. Muhammad Shazril atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Say meluahkan kesedihannya dengan trend calon SPM menormalisasikan kegagalan mereka bagi mana-mana subjek yang diduduki.
Dalam hal ini, Dr. Say mengambil contoh seorang calon bernama Muhammad Faiq Muqri yang secara terang-terangan tidak terganggu dengan keputusannya baru-baru ini. Malah calon tersebut turut memuat semula status berbunyi, “Orang yang pintar belum tentu sukses tapi orang yang berusaha pasti mampu menggapai kejayaan”.
“Kegagalan bukan sesuatu yang patut dibanggakan apatah lagi tidak hadir. ‘G’ itu ibarat adik datang dewan peperiksaan & adik tidur terus-menerus/ sengaja tidak jawab soalan-soalan pada kertas peperiksaan itu sebab adik nak set satu trend yang, ‘Aku nak buktikan yang walaupun aku gagal hari ini, masa depan nanti aku akan berjaya’.
“Itu bodoh sombong namanya dik. Walaupun SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan tapi SPM inilah tiket untuk ke pengajian tinggi.
“Jika adik sudah berusaha sebaik mungkin, hadir ke setiap kelas, tumpukan perhatian apabila cikgu mengajar tapi masih gagal tidak mengapalah.
Tapi kalau adik sendiri tidak curahkan usaha yg berpatutan, lepas tu adik acah-acah tersakiti dan acah-acah terpaling berusaha, simpanlah keputusan tu kepada diri sendiri,” catat Dr. Say.
ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan ‘Influencer’ Cecah RM100,000 Sebulan, Dr. Say Shazril Dedah Bagaimana Ia Tidak Mustahil – REMAJA
Tinjauan REMAJA terhadap muat naik asal calon SPM berkenaan juga mendapati sebilangan besar pengikutnya menyokong petikan ayat ‘tersakiti’ tersebut dan situasi ini mampu mempengaruhi remaja yang lebih muda daripadanya untuk merasakan kegagalan dalam peperiksaan SPM tidak mendatangkan masalah.
“Bila adik post sebegini lepas itu dekat ruangan komen ramai yg bersetuju dengan kesakitan adik, ini amat-amatlah salah. Adik nak jadi influencer boleh, tapi influence-lah ke arah yg betul,” simpul Dr. Say.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan kenyataan pengacara, Uyaina Arshad pada tahun lalu yang kecewa dengan tindakan individu yang mempengaruhi calon lepasan SPM 2022 untuk tindak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Pantang Individu Pengaruhi Lepasan SPM Untuk Tidak Sambung Belajar – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source