Pinjam kereta member, pasangan kantoi berduaan dalam kawasan masjid?
Tular di media sosial berkenaan satu pasangan kantoi berduaan dalam kawasan masjid di dalam sebuah kereta telah menjadi bualan ramai memandangkan mereka dicekup oleh orang awam yang kebetulan berada di situ.
Disergah orang masjid
Menerusi video yang dikongsi akaun X MALAYSIA MOST VIRAL, pasangan yang menaiki kereta jenis Perodua Axia telah berada dalam keadaan mencurigakan sewaktu cuaca hujan di kawasan masjid sebelum bergegas memecut kenderaan selepas disergah orang awam.
Pasangan kantoi berduaan rupanya guna kereta kawan
Disebabkan nombor plat kereta tersebut jelas kelihatan, orang ramai telah mencari tahu pemilik Perodua Axia sehingga seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Helmi Hamdan tampil memberi penjelasan.
Difahamkan, kereta terbabit telah digunakan oleh adiknya ke tempat belajar sebelum dipinjam oleh rakannya dengan tujuan mahu menghantar kenalan ke klinik.
Pasangan kantoi berduaan, abang owner kereta tampil jelaskan
Disebabkan kereta berkenaan atas nama bapanya, keluarga mereka serta adiknya yang merupakan seorang hafiz al-Quran telah difitnah sebagai kaki maksiat susulan tularnya video tersebut.
“Sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk urusan tertentu, dan saya akan bertemu dengan budak I**** itu.
“Saya dimaklumkan bahawa budak I**** tersebut telah ke masjid untuk menyelesaikan perkara ini dengan perakam video dan pihak berkaitan. Jika kes ini dipanjangkan ke Pejabat Agama atau apa-apa, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kami.
“Saya hanya ingin membersihkan nama ayah saya yang telah ditularkan dan dilemparkan kata-kata kesat,” tulisnya.
Artikel lain: Influencer ditahan polis disyaki buat panggilan lucah & tunjuk kemaluan
Pasangan kantoi berduaan, keluarga owner kereta pula kena fitnah
Susulan daripada itu, dia berharap supaya pihak berkenaan insaf dan mengambil pengajaran diatas apa yang sudah berlaku.
Jelasnya, kereta terbabit terpaksa direhatkan sementara susulan keluarganya mendapat ancaman berikutan kejadian yang mengakibatkan keluarga mereka turut terpalit sama.
“Itu adalah kereta keluarga. Adik-adik saya yang lain pernah menggunakannya sebelum ini. Kini, adik saya pula yang ditularkan sebagai kaki maksiat tanpa sebab.
“Adik bongsu saya terpaksa rehatkan kereta tu kerana sudah ada ancaman. Dia dalam minggu study week nak ambil exam,” tulisnya.
Susulan daripada itu, Helmi berharap penyebaran penjelasan yang dibuat dapat membersihkan nama bapa serta adiknya berhubung isu tular tersebut.
Sumber: X MALAYSIA MOST VIRAL, Facebook Helmi Hamdan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source