Suami pesan jaga mulut, tahan diri berkata pasal rumah tangga orang lain
Penyanyi Nabila Razali enggan menyentuh atau mengulas tentang rumah tangga selebriti lain kerana suami pesan jaga mulut lebih-lebih lagi yang membabitkan dugaan dalam perkahwinan .
Memetik laporan Kosmo!, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata semua yang berlaku dalam rumah tangga adalah ujian untuk kehidupan suami isteri.
Enggan ulas rumah tangga orang lain, suami pesan jaga mulut
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, suaminya Nik Iruwan Nik Izani selalu mengingatkannya untuk sentiasa berhati-hati dengan tutur kata.
“Suami sentiasa ingatkan saya, ujian dalam rumah tangga orang lain juga ujian untuk diri kita menahan diri daripada berkata-kata tentang orang lain.
“Bila kita tengok isu kemelut rumah tangga seseorang artis itu selalu keluar di feed laman sosial, kita kena kawal mulut, mata dan telinga kita.
“Lain orang, lain dugaannya. Isu sebegini boleh berlaku kepada sesiapa pun, bukan sahaja selebriti. Sebab itu kita perlu berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Bougas.
Dalam pada itu, Nabila turut berkata selain menjaga tutur kata, suaminya selalu mengingatkan dirinya untuk menjaga pekerti bagi mengelakkan salah faham.
Suami pesan jaga mulut
Malah, Nik Iruwan turut mengingatkan perihal berkaitan rumah tangga tidak perlu dijaja kepada umum terutama di media sosial.
“Sebagai manusia, saya juga lakukan kesilapan tapi berusaha menjaga hal rumah tangga yang lebih baik disimpan sendiri dengan suami, tambahan pula kami baru beberapa bulan berkahwin.
“Saya masih lagi belajar alam rumah tangga. Apa yang perlu saya ambil ambil tahu dalam perkahwinan adalah sakinah, mawaddah dan rahmah.
“Komunikasi antara pasangan paling utama, bukan meluahkan perasaan dalam Instagram atau platform lain,” kongsinya.
Artikel lain: Balik kampung suami, Nabila Razali berdebar nak raya di Kelantan
Sementara itu, penyanyi itu menyifatkan sikap sabar dan memahami suaminya telah melancarkan semua urusan peribadi dan kariernya.
Ujian orang lain ujian kita juga, suami pesan jaga mulut
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dalam rumah tangga memang kena saling menerima kekurangan, selain banyak bertolak ansur.
“Mungkin sikap suami yang lebih matang membuatkan kami cepat serasi. Bahkan, dia sangat memahami jadual kerja saya yang tidak menentu.
“Tiada pun syarat atau peringatan mengenai kerja, sebaliknya suamilah pendorong utama selain keluarga serta peminat. Doa semua buatkan rezeki saya terus mengalir,” ujarnya.
Namun begitu, Nabila berkata dia tidak mahu mengambil kesempatan atas sikap suaminya yang memahami jadual kerja penyanyi itu.
Ingat suami pesan jaga mulut untuk elak salah faham
Menurut Nabila, sesibuk mana pun, urusan rumah perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum keluar melakukan kewajipan bekerja.
“Pokok pangkalnya kerjasama. Suami pula bukan jenis cerewet, kerja rumah pun dia boleh buat kalau setakat mengemas atau sediakan masakan mudah.
“Soal makan pun kami lebih suka yang simple, jadi setakat alas perut memang ‘lepas’. Tak perlu runsingkan diri dengan hal remeh.
“Mujur suami juga sentiasa memberi pesanan. Kiranya kami saling mengingatkan antara satu sama lain,” kongsinya.
Terdahulu, Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwam pada 18 November 2023 di sebuah resort di Pahang secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.
Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source