Ingatkan gurauan nakal, keluarga tersentak terima panggilan ‘pemergian’ dua beradik & kenalan
Ingatkan gurauan nakal, sekeluarga tersentak apabila menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian kemalangan meragut nyawa dua beradik dan seorang kenalan.
Ahli keluarga mangsa, Miss Chu tidak menyanga kejadian Toyota Alphard dinaiki kesemua mangsa terjunam ke dalam longkang Lebuh Raya Iskandar Sultan. Johor Bahru, benar-benar berlaku.
Ingatkan gurauan nakal
Miss Chu berkata, ketika kejadian kakaknya, Chu Wan Rou, 31, dan adik lelakinya, Chu Wei Yeah, 28, serta kenalan kakaknya, Aw Siew Chern, 35, dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Singapura.
Maklumnya, mereka sekeluarga tersentak apabila menerima panggilan daripada seorang individu pada jam 7.30 pagi menyatakan kakak dan adiknya terbabit dalam kemalangan dan pemanggil berjanji berkongsi lokasi kemalangan.
“Namun sehingga jam 10 pagi, kami sekeluarga tidak menerima lokasi kemalangan yang didakwa, sebelum kami menyangka panggilan diterima hanyalah gurauan nakal individu tidak dikenali itu.
“Bagaimanapun, kami sekeluarga tersentak apabila kenalan kakak saya dan Siew Chern dari luar negara menghubungi kami menyatakan mereka bertiga terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, pagi tadi.
“Kenalan kakak yang menghubungi kami menyatakan sebelum kejadian berlaku, Siew Chern sedang membuat panggilan video dengannya sebelum kenderaan yang dinaiki mereka tiba-tiba bergegar kuat dan telefon dipegang Siew Chern tercampak ke bawah.
“Kenalan kakak menyatakan dia hanya mampu mendengar suara ketiga-tiga mangsa menjerit ketakutan meminta tolong dan menyatakan kenderaan mereka sedang tenggelam dalam air,” katanya sebak.
Artikel lain: Jemaah Haji meninggal dunia, rebah selepas melakukan ibadah tawaf
Terdahulu, tiga individu termasuk dua beradik dilaporkan meninggal dunia selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam tiga meter di Kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Yusof Othman dilaporkan berkata, kemalangan dipercayai berlaku dalam keadaan jalan raya licin dan longkang dipenuhi air berikutan baru lepas hujan.
Kemalangan dilaporkan berlaku apabila kenderaan yang dipandu seorang daripada mangsa dari Bukit Indah menuju ke Johor Bahru, hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke dalam longkang yang berisi air sedalam tiga meter.
Jenazah dua beradik itu akan dibawa balik ke Yong Peng, Batu Pahat bagi menjalani upacara pembakaran mayat selepas selesai proses bedah siasat.
Manakala, keluarga Siew Chern yang dipercayai dari Parit Sulong, Batu Pahat, masih dalam perjalanan menuju ke Unit Forensik HSA petang tadi.
Sumber: Kosmo! Online (Mohamad Faizal Hashim), Harian Metro (Mohamed Farid Noh)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source