Biara Agung Ise: Satu-Satunya Biara Yang Tidak Benarkan Sesiapa Masuk
Antara kesemua biara-biara agama Shito di Jepun, ada satu biara ini usianya begitu panjang tetapi tidak membenarkan sesiapa saja yang datang untuk melawat apatah lagi menyembah.
Biara apakah yang sanggup tidak mahu sesiapa untuk menyembah dewa-dewi agama Shinto? Biara yang saya maksudkan ialah Biara Agung Ise atau Ise Grand Shrine.
Biara Agung Ise atau Ise Jingu ialah biara lama yang telah dibina pada 2,000 tahun lalu. Masa tu maharaja Jepun ke-11 bernama Maharaja Suinin meminta bantuan puterinya untuk mencari tempat membina biara khas menyembah dewi matahari bernama Amaterasu.
Baginda juga mahukan biara untuk menyimpan alat suci kebesaran Jepun iaitu Cermin Suci (Yata no Kagami) yang dikatakan hadiah dewi Amaterasu kepada maharaja pertama Jepun. Jadi, biara itu amat penting dan begitu suci bagi masyarakat Jepun sekarang.
Puterinya bernama Yama Hime-no-mikoto menjelajah ke seluruh Jepun selama lebih 20 tahun semata-mata mencari lokasi sesuai untuk biara ayahandanya. Akhirnya puteri ini pergi ke kota Ise di wilayah Mie setelah mendapat pencerahan dari dewi Amaterasu.
Dewi Amaterasu menyukai kota Ise itu kerana mempunyai tanah yang makmur. Mendengar kata-kata dewi itu, puteri Yama Hime-no-mikoto memasang 50 buah loceng di sekitar Sungai Isuzu dan mengisytiharkan kota Ise mendapat keberkatan dewi Amaterasu.
Kemudian biara dalaman bernama Naiku dibina untuk menyimpan Cermin Suci, dan 500 tahun kemudian biara luaran bernama Geku dibina sejauh 6 kilometer dari Naiku. Seterusnya menggabungkan kedua-dua biara sebagai Ise Jingu.
Sejak pembinaan Ise Jingu, ramai pelawat tiba di kota Ise semata-mata ingin melihat sendiri biara suci itu. Pada zaman Edo, dianggarkan berjuta orang Jepun datang melawat Ise Jingu.
Setiap 20 tahun, Ise Jingu akan dimusnahkan dan dibina semula bagi menerapkan idealogi agama Shinto tentang kematian dan kelahiran.
Rangka-rangka biara yang dihancurkan akan dibina semula sebagai gerbang Torri dan jadi bahan binaan biara lain. Rangka biara baru pula bahannya mestilah kayu-kayu pokok yang berkualiti. Pada tahun 2013 biara ini telah dibina semula dan ia akan dihancurkan lagi pada tahun 2033.
Sebenarnya, pelawat boleh melawat Geku dan Naiku sebab kedua-duanya mempunyai biara-biara kecil untuk menyembah dewi Amaterasu dan dewa pertanian bernama Toyouke-Omikami. Tapi hanya satu biara dalam Naiku je yang haram untuk sesiapa lawati, iaitu Kotai Jingu.
Kotai Jingu ialah satu-satunya biara yang menyimpan Cermin Suci. Demi memelihara kesucian, memasuki biara itu adalah diharamkan, apatah lagi menangkap gambar biara itu. Hanya biarawan, biarawati, dan kerabat diraja Jepun saja yang layak memasuki Kotai Jingu.
Walaupun diharamkan, pelawat masih boleh melihatnya dan bersembahyang di luar pagar yang memagari Kotai Jingu. Inilah sejarah biara agama Shinto yang paling suci dan tidak membenarkan sesiapa memasukinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source