Melly Goeslaw kembalikan nostalgia zaman sekolah, pukau hampir 10,000 peminat!
Penyanyi terkemuka Indonesia, Melly Goeslaw kembalikan nostalgia zaman sekolah dan berjaya memukau hampir 10,000 peminat yang hadir ke Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends, semalam.
Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, ratu runut bunyi filem itu sekali lagi berjaya menonjolkan kekuatan auranya dengan penuh tenaga melalui dendangan 29 buah lagu.
Melly Goeslaw kembalikan nostalgia zaman sekolah
Kembali mengotakan janjinya untuk kembali ke Malaysia, rata-rata peminat hadir dengan pakaian sekolah dan ia sekali gus membawa mereka mengimbau semula zaman persekolahan melalui lagu-lagu hit komposer terkemuka itu.
Mana tidaknya, kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berusia 50 tahun sememangnya memberi tamparan bermakna dalam hidup peminat terutama filem Ada Apa Dengan Cinta? ketika di bangku sekolah.
Kredit Foto: Instagram Astro Gempak
Kredit Foto: Instagram Astro Gempak
Persembahan Melly atau nama penuhnya Melliana Cessy Goeslaw itu disempurnakan dengan iringan orkestra yang dipimpin oleh suami, Anto Hoed sebagai pengarah muzik.
Sepanjang konsert itu, tiada ruang buat peminat untuk berasa bosan penyanyi itu sentiasa menyajikan keseronokan sambil berdansa di atas pentas.
Antara lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Tak Tahan Lagi, Ingin Mencintai Dan Dicintai, Gantung, Suara Hati Seorang Kekasih dan Let’s Dance Together.
Melly turut membawa beberapa lagu yang dipopularkan oleh beberapa selebriti lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza (Biarlah Rahsia), Datuk Rossa (Ayat-Ayat Cinta), Menghitung Hari (Kris Dayanti), Pencinta Wanita (Irwansyah), Sampai Menutup Mata (Acha Septriasa) dan Jangan Pernah Berubah (Marcell).
@era.je Ramai betul eh yang healing malam ni kat Konsert @melly_goeslaw ! Nah belanja sikit lagu My Heart untuk korang. 😍 #sharERA #fyp #ERARadioNo1PalingLegit .
@era.je @melly_goeslaw nyanyi lagu Pecinta Wanita guys 😍 Semua nyanyi dalam Axiata Arena ni!! Lagu legend!! #ERARadioNo1PalingLegit #fyp
Konsert itu juga dimeriahkan dengan kemunculan bintang rap popular Joe Flizzow menyanyikan lagu Jika duet bersama Melly.
Tidak cukup dengan itu, Melly juga memberi kejutan kepada penonton apabila menampilkan penyanyi melonjak naik dan pemenang tempat keempat peringkat akhir America’s Got Talent (AGT) musim ke-18, Putri Ariani.
@era.je Special cameo dari Mr. President, @flizzow untuk lagu Jika. 🙌🙌 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp
@era.je @melly_goeslaw bawak @arianinismaputri untuk nyanyi lagu Cinta malam ni 😍 Sedapnya suara Putri 🫰🏻 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp
Melly Goeslaw suara solidariti, hasil lagu dalam tempoh 15 minit
Di kesempatan itu, Melly turut menghasilkan lagu dengan hanya memerlukan masa 15 minit untuk menulis lagu secara spontan di atas pentas bersama dua penonton bertuah.
“Kita boleh meraikan konsert dan boleh berhibur, tapi kena sentiasa ingat akan situasi yang berlaku di Palestin.
“Lagu ini saya hibahkan kepada sesiapa sahaja di sini yang ingin menggunakannya. Kalau ada yang nak gunakannya, saya dan dua penonton yang hasilkannya hadiahkan dengan ikhlas.
“Tidak mengira sama anda seorang yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa agama sekalipun, tidak perlu menjadi bangsa negara Malaysia, Indonesia atau apa saja.
“Tapi yang utama adalah kita perlu menjadi manusia dan melihat dari sudut kemanusiaan,”katanya.
Bagi peminat yang terlepas, mereka boleh bersiap sedia untuk berhibur dan bertemu dengan Melly Goeslaw pada 31 May 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan tema ‘Prom Night’
Sekadari info, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends dijayakan menerusi anjuran AKE Group dan Icon Entertainment.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source