Datuk Zayn Rayyan lantik peguam baharu, tidak dibenar beri sebarang kenyataan
Datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Zahari Mohd Reba memberitahu sudah lantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kini dalam tahanan reman.
Menurut laporan Harian Metro, Zahari enggan untuk mengulas perkara tersebut dengan lebih lanjut kerana tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan atas nasihat peguam.
Difahamkan, tindakan itu diambil susulan peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co tarik diri mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Lantik peguam baharu
Artikel lain: Peguam tidak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan, berdoa kes berjalan dengan lancar
“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya yang mengesahkan sudah melantik peguam baru.
Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu dan direman selama tujuh hari berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu siasatan polis.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 28 tahun itu telah ditahan sekitar jam 10.05 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Lantik peguam baharu
Terdahulu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu telah dibunuh selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source