Walaupun isteri kerabat diraja, Sarimah Ibrahim sudah terbiasa bekerja
Pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim memberitahu statusnya isteri kepada kerabat diraja bukan menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam bidang hiburan.
Menurut laporan Harian Metro, aktres yang berusia 46 tahun itu sudah terbiasa berdikari dalam mencari wang sendiri sebelum ini kerana enggan terlalu bergantung kepada orang tua.
Sarimah Ibrahim
Artikel lain: Kepercayaan terhadap pendidik akan musnah begitu sahaja – Sarimah Ibrahim
“Walaupun saya anak perempuan tunggal dalam keluarga yang mempunyai tiga adik lelaki, namun sebagai kakak yang sulung, sudah pasti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-beradik lain, terutama perlunya berdikari sendiri.
“Malah, apabila saya bertemu jodoh dengan suami yang juga kerabat diraja, masih tiada apa yang berubah dalam karier kerana saya sendiri memang suka bekerja dan tidak boleh duduk diam saja walaupun suami saya mampu menanggung segalanya.
“Apatah lagi, bagi saya antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu itu perlu dipisahkan sebaiknya. Jadi, apa-apa yang saya buat untuk kerjaya adalah tanggungan sendiri,” katanya.
Sarimah Ibrahim
Pelakon drama Lelaki Itu berkata dia dapat menggunakan duit hasil titik peluhnya untuk memenuhi beberapa keperluan seperti membeli rumah sendiri dan menyertai kelas lakonan di luar negara.
“Setiap duit yang saya dapat apabila bekerja, ia dilaburkan semula kepada apa saja yang saya inginkan seperti membeli rumah sendiri, termasuk menyertai kelas lakonan bersama tenaga pengajar dari luar negara, Gerry Grennell.
“Saya bayar Gerry dengan wang dikumpul sendiri. Begitu juga apabila mahu beli hadiah hari jadi untuk suami contohnya, saya tak akan beli guna duit daripada suami dan kemudian hadiahkan kepadanya semula. Saya lebih rasa puas hati dengan membeli guna wang sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Sarimah meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya menjadi seorang pelakon.
“Pada pendapat saya sendiri juga, seseorang wanita itu tidak seharusnya mengambil kesempatan dalam perkahwinan apabila bertemu jodoh dengan orang kaya.
“Ini hanya pendapat saya saja dan kita juga seharusnya perlu membuang stigma seperti apabila berkahwin dengan orang kaya, maka boleh duduk rumah goyang kaki, termasuk fokus pergi bercuti ke mana saja,” katanya.
Sekadar info, Sarimah mendirikan rumah tangga bersama cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tunku Nadzimuddin dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source