Guru wanita sempat tanya keadaan anak sebelum meninggal
Seorang guru wanita sempat tanya keadaan anak sebelum meninggal dalam nahas melibatkan bas dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi.
Ditemui tertiarap di luar bas
Memetik laporan dari Sinar Harian, guru wanita berkenaan, Hasnatul Adilah Hassan, 48 sempat bertanyakan keadaan anaknya yang turut berada di dalam bas sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Rakan setugas allahyarham, Asmaniza Mohamad, 50, memaklumkan yang Hasnatul ditemui dalam keadaan tertiarap di luar bas.
“Arwah sempat tanya keadaan anak bongsunya yang turut sama dalam bas berkenaan, saya cakap anaknya ada di dalam bas, seorang rakan kami sempat mengajarnya mengucap,” katanya.
Artikel lain: Pemuda kaku selepas kemalangan, habis sayur niaga berterabur atas jalan
Guru wanita sempat tanya keadaan anak sebelum meninggal
Ujarnya Asmaniza lagi, sewaktu kejadian mereka sedang tidur di belakang bas dan terkejut apabila dihempap penumpang lain memadangkan bas dalam keadaan terbalik.
“Ketika itu memang gelap dan hanya (kedengaran) bunyi berlanggar, saya cuba untuk buka pintu kecemasan tetapi tidak boleh, namun berjaya keluar melalui pintu kecil di bahagian atas bas,” katanya.
Guru wanita sempat tanya keadaan anak yang kini di zon kuning
Tambahnya, selepas berjaya keluar, dia sempat membantu beberapa rakan lain yang berada di dalam bas sebelum mereka dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.
Ketika ini, anak bongsu kepada Hasnatul yang juga Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka sedang mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Muadzam Shah.
Selain daripada allahyarham Hasnatul Adilah, dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia iaitu Hamzah Ahmad, 60 (guru), dan pemandu bas kedua Mohd Adi Hasan, 29.
Terdahulu, bas yang membawa 39 penumpang dengan dua pemandu telah terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan sebelum melanggar treler.
Difahamkan, bas yang dalam perjalanan menuju ke Terengganu telah membawa guru SK Jeram bersama anak mereka bagi menyertai program penanda aras.
Sumber: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source