Fatin Afeefa akui Adam Shahz tak culas bab nafkah, tapi enggan bayar yuran sekolah anak
Selebriti, Fatin Afeefa akui Adam Shahz tak culas bab nafkah buat anak mereka, Ivy Herra Sophia, 9, namun geram apabila pelakon itu mengabaikan keperluan tambahan seperti yuran persekolahan.
Beri RM100 je untuk baju koperasi sekolah
Memetik laporan dari Mstar, Fatin Afeefa atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, mengatakan Adam hanya memberikan RM100 untuk membeli baju koperasi dan yuran-yuran lain terpaksa ditanggung sendiri.
“Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak. “Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.
“Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan,” katanya.
Fatin Afeefa akui suaminya yang keluar perbelanjaan buat anak tiri
Fatin yang ditemui ketika sebutan kes tuntutan nafkah anak perempuan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Sepang turut mendedahkan, suaminya, Aliff Awang telah mengambil tanggungjawab sebagai bapa sehingga turut membayar segala perbelanjaan Ivy walaupun ia bukanlah tanggungjawabnya.
“Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil. “Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela hati bayar perbelanjaan anak?,” soalnya.
Artikel lain: Penuhi permintaan suami, Fatin Afeefa tinggalkan dunia lakonan dan nyanyian
Fatin Afeefa akui Adam tak culas bayar nafkah anak, tapi cuma RM500
Dalam pada itu, Adam yang ditemui di lokasi sama pula menyatakan yang dia sebelum ini membayar RM500 setiap bulan kepada bekas isteri namun telah dinaikkan kepada RM3,000.
Dia yang mengambil langkah bertenang sewaktu Fatin Afeefa menfailkan tuntutan memaklumkan bahawa hal berkenaan masih lagi dalam proses mahkamah.
“Pihak plaintif (Fatin) tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tidak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.
“Fatin minta RM3,000 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini saya tiada apa nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan.
“Saya cuba membela diri supaya apa diminta adalah amaun yang wajar,” katanya.
Difahamkan, kes ini telah dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi dan akan disambung pada pada 27 Ogos serta 2 September depan.
Fatin diwakili peguam syarie Aiman Abdul Rahman dan Ahmad Hazieq Roshali manakala Adam pula diwakili Liyana Sihar.
Untuk rekod, Fatin memfailkan tuntutan nafkah terhadap Adam pada Ogos tahun lalu.
Sekadar info, Fatin dan Adam pernah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun berpisah selepas empat tahun bersama.
Pada penghujung Disember 2022, Fatin Afeefa telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Aliff Awang secara tertutup.
Sumber: Mstar (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source