Bagaimana Lahirnya Kaedah Usul Fiqh?
Ilmu Usul Fiqh merupakan sebuah Ilmu yang digunakan oleh Mujtahid untuk mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum berdasarkan kaedah kaedah yang telah ditentukan berdasarkan kaedah usul iaitu melalui Al-Quran, Hadis, Qiyas dan Ijma’.
Diikuti dengan kaedah yang lainnya (Mafasid ‘Ala Jilbil Masalih, Masalih Mursalah, Sadd Zari’ah dsb). Kaedah ini dirumuskan oleh Al-Imam As-Syafie’ Rahimahullahu Ta’aala Anhu dalam kitabnya, Ar-Risalah. Disini penulis ingin merumuskan secara ringkas sejarah munculnya kaedah Usul Fiqh ini.
Seawal zaman Rasulullah SAW, kaedah ini belum muncul kerana para sahabat sekaliannya merujuk kepada Rasulullah SAW tentang apa ehwal berkaitan dengan hukum hakam dan permasalahan Agama. Apabila tibanya zaman sahabat, kaedah ini masih belum dirumuskan lagi kerana rata rata para Ashabi Rasulullah SAW adalah golongan yang ‘Adil dan memahami Asbab An-Nuzul Al-Quran.
Mana mana hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh Ashabi dinamai Fatwa Sahabat, maka fatwa ini kemudiannya dirujuk lagi sehingga ke zaman Tabi’in. Pada zaman Tabi’in, kaedah Usul ini masih belum dirumuskan sepenuhnya sehinggalah zaman Tabi’ Tabi’in. Pada era Tabi’ Tabi’in, pada era ini Empayar Islam mula meluas sehingga mencakupi di luar tanah Arab bahkan meliputi sebahagian besar Tanah A’jam.
Maka, disinilah tokoh Ulama Mujtahidin yang kita kenal iaitu Al-Imam Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie RAH atau kita kenal sebagai Imam As-Syafie merumuskan kaedah usul Fiqh ini bagi menertibkan kaedah penentuan kaedah Usul Fiqh dan penentuan dan mengistibat hukum hakam selari dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
إِنَّ أصول الفقه هو الأساس الذى يستطيع به الفقيه أن يستنبط الأحكام الشرعية من أدلّتها التفصيليّة. ففضله كفضل الفقه فأكثر, وهو من العلوم النقلية الشرعية العقلية حيث يستعمل العقل في الفهم والنقل في معرفة اللغة التى هي إحدى امداداته
Maksudnya: Sesungguhnya Usul Fiqh ialah asas yang membolehkan seorang faqih untuk mengeluarkan (istinbat) hukum syarak daripada dalil-dalil yang terperinci. Oleh itu, kelebihannya (Usul Fiqh) sama seperti kelebihan ilmu Fiqh, bahkan lebih besar lagi. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada ilmu naqliah (wahyu) dan akliah (akal), iaitu digunakan akal untuk memahaminya dan juga digunakan wahyu untuk mengetahui bahasa yang menjadi salah satu daripada sumber-sumbernya.
(Tarikh Usul al-Fiqh, 34) [1]
Rujukan :
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source