“Ingat kami ni gelandangan ke?”- Rafidah Ibrahim pertahan hak, nafi tolak kemajuan Kg. Sungai Baru
Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim pertahan hak sebagai salah seorang penduduk Kampung Sungai Baru selepas mereka kini terpaksa hidup berpanas serta bergelap.
Ia susulan bekalan air dan elektrik di rumah mereka dipotong pihak berkenaan sejak pagi semalam kerana masih enggan berpindah dari kawasan berkenaan.
Keadaan itu telah menyebabkan Rafida yang mesra disapa Fida terpaksa berpanas dan bergelap bersama suami, Shahzemir Shahzulkarib, dan bayi lelaki mereka yang baru berusia 4 bulan.
Rafidah Ibrahim pertahan hak
Dakwa juara program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, dia dan penduduk lain bukanlah menolak kemajuan yang hendak dibangunkan oleh pihak berkenaan di atas kawasan berkenaan.
Sebaliknya, mereka tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan dalam pewartaan pengambilan tanah kampung tersebut pada Jun tahun lalu.
Menurut pelakon berusia 38 tahun, situasi berkenaan jelas menggambarkan tindakan drastik yang sangat kejam dan menzalimi penduduk.
“Lebih memalukan yang terlibat ni Melayu Islam. Tapi langsung tak berperikemanusiaan, orang ada anak kecil, orang tua yang uzur, peniaga yag nak keluar mencari rezeki dan ramai lagi penduduk yang pelbagai latar belakang.
“Bekalan air dan elektrik dipotong, meter air dicabut, kabel-kabel elektrik dipotong tinggal tiang je. Ingat kami ni gelandangan ke?”soalnya.
Kami bukan pendatang asing!
Dakwanya lagi, mereka bukanlah pendatang asing yang menetap di tanah kampung berkenaan, sebaliknya mempunyai geran dan hak masing-masing.
Oleh itu, Rafidah menyatakan pendirian tegas untuk terus mempertahankan hak sehingga mendapat pampasan setimpal daripada pihak berkenaan.
“Kami ni bukan penduduk yang berfikiran senteng menolak kemajuan, tapi kalau sampai hak diketepikan, itu apa? Bukan ke itu perbuatan zalim?”dakwanya lagi.
Artikel lain: Meriah majlis resepsi! Rakan pelbagai kaum raikan pasangan pengantin Melayu
Antara tuntutan mereka yang enggan berpindah ialah menaikkan jumlah pampasan daripada RM400 kepada antara RM950 hingga RM1,000 sekaki persegi.
Tambah Fida, mereka difahamkan oleh pihak peguam yang mewakili penduduk, tindakan memotong kemudahan air dan elektrik bukanlah arahan daripada pihak mahkamah, sebaliknya atas pertimbangan pemaju.
Bagaimanapun dakwaan Fida itu tidak dapat dipastikan sama ada sahih atau sebaliknya.
Pagi semalam, 37 keluarga di Kampung Sungai Baru berdepan suasana sukar selepas bekalan air dan elektrik ke rumah mereka dipotong oleh pihak berkuasa.
Langkah itu diambil ketika kemelut pengambilan tanah di kawasan terbabit terus berlajutan di antara penduduk kampung dan pihak pemaju sejak 2016.
Secara keseluruhan ia melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok Pangsapuri Sungai Baru.
Sumber: Malaysiakini (Shamz Johan), Instagram Rafidah Ibrahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source