Bella Astillah tak buat sebarang tuntutan nafkah -“Anak2 harta paling bernilai”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tak buat sebarang tuntutan nafkah selepas disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, apa yang penting buat dirinya adalah hak penjagaan dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
“Saya tak buat sebarang tuntutan sebab bagi saya harta paling bermakna ialah anak-anak.
“Sudah dapat anak-anak, itu nombor satu yang paling syukur,”katanya.
Bella Astillah tak buat sebarang tuntutan nafkah
Bella berkata, keputusan untuk melepaskan tuntutan muntaah, idah, tunggakan nafkah isteri, hutang perkahwinan dan harta sepencarian adalah kerana dirinya enggan panjangkan lagi isu sedia ada.
Akuinya, dia juga tidak mengharap apa-apa daripada penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz selepas mereka berdua disahkan bercerai.
“Sekarang ini adalah fasa untuk ‘move on’ (terus ke hadapan) sahaja. Itu jauh lebih penting sebab saya ada banyak perkara lagi mahu dibuat.
“Saya mahu jaga anak-anak,” katanya lagi.
Doakan diri dan anak-anak bahagia
Pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu juga meluahkan rasa bersyukur dan terharu apabila orang ramai mendoakan dirinya, selain berharap hari ini merupakan kali terakhir dia menjejakkan ke mahkamah.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan saya. Mungkin ini kali terakhir saya berada di mahkamah syariah, Insya-Allah, Alhamdulillah sudah selesai.
“Tolong doakan saya dan anak-anak terus kuat dan bahagia selepas ini, insya-Allah,” ujar Bella Astillah.
Dalam pada itu, Bella enggan memperincikan tindakannnya enggan bersalaman sebelum Aliff melafazkan cerai, apatah lagi mahu berbaik dengan bekas suami dalam tempoh terdekat.
Dia kini hanya ingin memberi fokus untuk membesarkan dua cahaya mata dan mendoakan yang terbaik buat Aliff Aziz.
Artikel lain: Aliff Aziz beri hak penjagaan penuh kepada Bella Astillah – “Dia ibu kandung anak kami”
Hari ini, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap suaminya, Aliff Aziz dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang anak, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: TikTok ohbulanofficial
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source