Ustaz Don perjelas dah belajar hadis sejak diploma -“Dakwah kepakaran saya”
Pendakwah selebriti, Ustaz Don perjelas dah belajar hadis sejak diploma selepas netizen membuat pertikaian dia hanya pakar dalam bidang tajwid sahaja.
Apa yang membuatkan beliau pelik apabila terdapat netizen seakan mengetahui subjek yang dipelajarinya adalah tajwid dan bukannya hadis.
Ustaz Don perjelas dah belajar hadis
Memetik laporan mStar Online, pemilik nama Don Daniyal Don Biyajid menjelaskan sejak menyambung pengajian di peringkat diploma, dia telah mengambil subjek berkaitan hadis.
“Selalu orang cakap macam itu (kepakaran dalam tajwid bukan hadis), yang saya hairan macam mana mereka (netizen) tahu subjek yang saya belajar?
“Sebab dalam diploma dan ijazah sarjana muda saya ada subjek hadis, terutama ketika belajar di peringkat diploma.
“Masa saya diploma pun saya pergi ke kelas pengajian hadis. Tapi saya okey saja,”katanya.
Artikel lain: Isu direhatkan terus: Ustaz Don dakwa ada pihak sengaja cari & canang kesalahan
Jakim anggap perkara kecil saja…
Dalam pada masa, beliau turut berkongsi cerita mengenai pertemuannya dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kontroversi membabitkan dirinya, baru-baru ini.
Jelas pendakwah berusia 40 tahun itu, dia menjelaskan tiada perkara serius yang dibincangkan sewaktu pertemuan tersebut.
“Ketika saya bertemu pihak Jakim, mereka sendiri kata isu saya ni kecil sahaja dan menjadi lumrah dalam perbincangan ilmu.
“Disebabkan itu, selepas saya berjumpa pihak berautoriti, kebenaran saya kembali bersiaran di rancangan itu tanpa ada apa-apa huraian,”jelasnya lagi.
Sebelum ini, Ustaz Don mendakwa ada pihak sengaja mencari kesalahannya setiap kali muncul dalam program dakwah.
Beliau berkata demikian ketika diminat mengulas isu berhubung tindakan stesen televisyen merehatkannya terus dari sebuah program yang berbaki empat episod lagi.
Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan Ustaz Don tidak lagi akan membuat penampilan dalam program terbabit kerana didakwa sekali lagi mengelirukan ramai, selain tidak disokong oleh dalil yang sah.
Sumber: mStar Online (Amin Hazlin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source