Hidap kanser paru2 tahap empat, anak Kamal Bakar dedah bapa alami strok
Anak kepada pelakon senior, Kamal Bakar iaitu Muhammad Hanis Kamaruldzaman dedah bapa alami strok selain disahkan hidap kanser paru-paru tahap empat.
Hanis memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan bapanya menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, semalam.
Dedah bapa alami strok
Menurut Hanis, doktor pakar telah mengesahkan bapanya telah menghidap penyakit kanser baru-baru tahap empat dan ia telah merebak ke beberapa tempat.
“Kanser telah merebak ke tiga tempat iaitu dada, salur darah dan berhampiran rusuk.
“Ayah juga mengalami strok dan terdapat kuman dalam darah,”maklumnya.
Artikel lain: Tahap oksigen menurun, pelakon Kamal Bakar ditidurkan -“Ayah hidap kanser”
Masih berusaha atasi masalah kuman dalam darah
Berkongsi perkembangan lanjut, Hanis yang juga pelakon memberitahu buat sekarang ini pihak hospital masih sedang berusaha untuk mengatasi masalah kuman dalam darah terlebih dahulu.
“Kurangkan mesin oksigen dan check strok yang dihadapi.
“Sekiranya masalah kuman dapat diselesaikan, mesin oksigen dapat dikurangkan dan ayah kembali sedar barulah mereka boleh membuat rawatan kimoterapi kepada ayah,”ujarnya.
Dikesempatan itu, Hanis memohon orang ramai mendoakan bapanya diberikan kekuatan dan kesembuhan lebih-lebih lagi pada hari Arafah yang bakal berlaku pada Ahad ini.
Mereka sekeluarga juga berterima kasih kepada semua orang terutama warga Hospital Besar Melaka kerana menjaga dan merawat bapanya sepanjang mendapatkan rawatan.
Tidak dilupakan kepada semua yang tidak henti mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan bapanya.
Sebelum ini, Hanis memaklumkan bapanya ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Melaka disebabkan kekurangan oksigen dalam badan berpunca daripada masalah paru-paru yang dihidapi.
Hanis memberitahu keluarganya tahu bapa disahkan menghidap kanser pada April lalu dan Kamal Bakar sempat dibawa ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur bagi mengambil sampel rawatan untuk mengesan penyakitnya.
Bagaimanapun, pada ketika itu keluarganya tidak mengetahui jenis kanser yang dihidapi bapanya sehinggalah semalam apabila doktor mengesyaki Kamal Bakar menghidapi kanser paru-paru.
Sumber: TikTok @haniskamalbakar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source