Faisal Halim enggan terus menyorok, sudah kayuh basikal di rumah
Pemain bola sepak pasukan Selangor FC, Faisal Halim enggan terus menyorok susulan kejadian disimbah asid pada Mei lalu kerana mahukan kehidupan seperti manusia biasa.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Faisal yang ditemui dalam sidang media perdana selepas kejadian tersebut Khamis lalu menyatakan yang dirinya tidak mahu terus menyorok sekali gus tampil ke hadapan umum.
Proses pemulihan semakin baik
Ujarnya, dia meluahkan rasa syukur kerana proses pemulihannya semakin baik dan telah mulai berlatih ringan seperti mengayuh basikal di rumah.
Saya bersyukur proses (pemulihan) saya semakin hari semakin baik. Saya ada berhubung dengan Datuk Seri Shahril Mokhtar (Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC) dan saya nyatakan sudah mula berlatih ringan, kayuh basikal di rumah. Datuk pun macam tak percaya semangat yang saya ada.
“Saya ingin ke arah turun berlatih tetapi dengan keadaan saya ditempatkan di lokasi rahsia, jadi sampai bila saya nak menyorok daripada orang ramai,” ujarnya.
Faisal Halim enggan terus menyorok, mahu tonjolkan diri
Tambahnya lagi dalam sidang media yang berlangsung di Pusat Latihan Selangor FC, dia ada memberitahu Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bahawa sudah bersedia menonjolkan diri kepada semua tanpa perlu berselindung lagi.
“Saya beritahu kepada Datuk Seri Shahril Mokhtar (Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC) saya bersedia untuk tonjolkan diri saya kepada semua supaya saya bebas dan tak berselindung lagi.
“Saya nak menjalani kehidupan seperti biasa seperti manusia lain, seperti orang lain seperti pemain lain. Saya harap dapat kembali ke arena bola sepak secepat mungkin dengan doa anda semua,” katanya.
Artikel lain: Hadir bersama keluarga, peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim di stadium
Faisal Halim enggan terus menyorok, datang tonton perlawanan di stadium
Dalam pada itu, Faisal juga dilihat hadir ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu bagi menyaksikan pasukannya, Selangor FC dan Negeri Sembilan FC berentap dalam saingan Piala FA.
Dapat dilihat wajah cerianya disamping dikawal ketat oleh barisan pengawal peribadi bagi memastikan pemain berusia 26 tahun itu berada dalam keadaan selamat tanpa didekati sesiapa.
Terdahulu, pemain sayap pasukan Selangor FC ini telah disimbah asid di sebuah pusat beli belah di kawasan Damansara sehingga mengakibatkan kecederaan lecur tahap empat.
Pemain sayap kebangsaan itu juga perlu menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecurannya itu sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei lalu.
Dia kini ditempatkan di lokasi rahsia bagi menjalani poses pemulihan dengan dikawal ketat bagi memastikan keselamatannya terjamin.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source