Keith Foo terbuka hati dalami Islam, buat bukan kerana Riena Diana
Pelakon Keith Foo terbuka hati dalami Islam selepas akui menjalinkan hubungan dengan aktres Riena Diana sejak penglibatan kedua-dua pelakon ini dalam penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3.
Keith Foo terbuka hati dalami Islam
Memetik laporan Harian Metro, aktor berdarah campuran Cina dan India memohon orang luar mendoakan yang terbaik buat dirinya untuk mendekati agama Islam sebaik mungkin.
“Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat.
“Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya. Namun, ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain,”jelasnya.
Artikel lain: Dedah sedang jalin cinta, Riena Diana dan Keith Foo akui serasi bersama
Dalami Islam bukan kerana Riena Diana
Sementara itu, Riena memberitahu dia ada berbincang dengan Keith mengenai jurang perbezaan agama antara mereka.
Namun, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chi terbuka hati untuk mengenali agama Islam dan ia dibuat bukan kerana pelakon berusia 27 tahun.
“Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.
“Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini,” katanya.
Sekadar info, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia 7 tahun namun bercerai secara baik pada hujung 2019.
Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasih, Nik Afiq telah berakhir pada penghujung tahun lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source