Niat rentas 7 negara nak buat haji, hasrat suami isteri & rakan tak kesampaian -“Visa tak lulus..”
Niat rentas 7 negara nak buat haji tak kesampaian selepas permohonan seorang lelaki dikenali Ahmad Isa gagal mendapatkan visa biarpun sudah sampai di sana.
Ahmad Isa sebelum ini berkongsi perjalanannya bersama isteri dan dua rakan merentasi beberapa buah negara semata-mata mahu menunaikan rukun Islam kelima di media sosial.
Niat rentas 7 negara nak buat haji
Bagaimanapun, misi Ahmad bersama isteri, Noradilah Mohd Shafie, 37, dan seorang lagi rakan Abdul Halim Talha, 57, gagal kecuali seorang lagi daripada mereka.
Sebenarnya saya tak ada perancangan. Namun kawan saya tekad untuk kayuh (basikal) sampai ke Makkah. Oleh kerana niat dia ingin tunaikan haji dan saya pun belum pernah buat, jadi saya dan isteri ikut serta.
“Kami punya nekad adalah nak selesaikan rukun Islam yang kelima ini secepat yang mungkin dengan apa cara sekalipun. Yang penting kita nak selesaikan rukun Islam kelima sebelum kita meninggal dunia.
“Kami berempat (isteri dan rakan-rakan) berdaftar visa haji tu, Alhamdulillah dengan izin Allah seorang sahaja yang diluluskan visanya dan tiga orang lagi tidak lepas,” ujarnya.
Mereka bagaimanapun tidak berputus asa, sebaliknya akan mencuba lagi pada tahun hadapan dan seterusnya sehingga misi tersebut tercapai.
Kecewa, sedih
Tidak dinafikan, Ahmad Isa akui sedih apabila misi mengayuh basikal selama lima bulan merentasi tujuh buah negara semata-mata mahu menunaikan ibadah tersebut gagal.
“Saya juga manusia biasa, perasaan kecewa dan sedih tak dapat nak sorok walaupun cuba untuk pujuk diri dengan ayat-ayat positif.
“Semua perasaan bercampur baur apatah lagi sewaktu hari Wukuf.
“Sepanjang hari saya duduk depan TV tengok jemaah haji berarak dari Makkah, Mina, Arafah dan Mudzalifah. Saya doa, baca al-Quran dan kembali tengok TV. Sampai saya sendiri terlelap, bila terjaga, sambung doa lagi, tengok jemaah haji. Sepanjang hari saya diam dan muhasabah diri.
“Pasti ada dosa yang belum diampunkan. Pasti ada hikmah di sebalik cerita. Pasti ada hadiah yang Allah nak beri.
“Boleh saja kalau nak buat haji menggunakan visa tak sah, tapi kami pilih untuk masuk cara halal, yang mana ia susah nak dapat. Bukan rezeki saya dan isteri saya tahun ini,” ujarnya lagi.
Jelasnya, dia sentiasa ingat nasihat ibu agar menunaikan ibadah haji dengan cara yang betul kerana mahu akan keredaan-Nya.
Dia juga berharap agar warga Malaysia lain juga mengikut jalan yang benar iaitu membuat visa Haji yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Artikel lain: Netizen kagum lelaki bawa dua isteri tunaikan haji -“Ini baru betul adil!”
Terdahulu, Ahmad Isa bersama isteri dan rakannya dilaporkan telah tiba di Madinah, Arab Saudi pada 19 April lalu selepas 150 hari merentasi tujuh buah negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Arab Saudi.
Sumber: FB Ahmad Isa, Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), mStar Online (Siti Nur Nayli Emira)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source