Menangis minta restu ibu, netizen tak percaya Redza Rosli benar2 kahwin!
Netizen tak percaya Redza Rosli benar-benar mendirikan rumah tangga selepas tular beberapa video memaparkan dirinya menangis di dalam kereta, hari ini.
Menangis minta restu ibu
Menerusi video dimuat naik Drama Sangat, dilihat Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli hadir dengan menaiki kereta kuning.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah aktor berusia 32 tahun itu tidak dapat menahan sebak ketika meminta restu daripada ibunya.
@dramasangat Detik mohon restu pelakon kesayangan ramai Redza Rosli bersama ibunda tercinta. 🤍🩶 #dramasangat
Artikel lain: Dengan sekali lafaz, Redza Rosli sah jadi suami kepada Bella Hanna
Netizen tak percaya Redza Rosli
Bagaimanapun, netizen seakan tidak percaya sebaik sahaja melihat video tular tersebut.
Mereka beranggapan ia hanyalah salah satu daripada sedutan babak dalam drama yang dibintangi oleh Redza Rosli sahaja.
Alhamdulillah, tahniah!
Pun begitu, ramai meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira kerana Redza sudah menemui kebahagiaannya sendiri.
Terdahulu, aktor Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna pada pukul 4.05 petang, sebentar tadi dan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin wanita, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Sekadar info, Redza dan Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28, pernah bergandingan dalam satu drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Sumber: IG Drama Sangat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source