Dengan sekali lafaz, Redza Rosli sah jadi suami kepada Bella Hanna
Pelakon Redza Rosli sah jadi suami kepada aktres baharu, Bella Hanna dengan sekali lafaz sekitar jam 4.05 petang, sebentar tadi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Melodi TV3, pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin wanita, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Redza Rosli sah jadi suami
Artikel lain: “Awak adalah dunia dan akhirat saya”-Janna Nick kini isteri Dini Schatzmann
Difahamkan, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin berbentuk wang tunai berjumlah RM3,000. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.
Bukan itu sahaja, aktor yang berusia 32 tahun itu turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Majlis pernikahan yang bertemakan warna putih tersebut diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat.
Redza Rosli sah jadi suami
Sekadar info, Redza dan Bella pernah bergandingan dalam drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Sumber: Instagram @Melodi TV3
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source